
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Terengganu merupakan antara negeri di Pantai Timur yang sering menjadi pilihan pelancong baik dalam mahupun luar negara.
Manakan tidak, keindahan pantai serta kecantikan pulau seperti Pulau Perhentian dan Pulau Redang memikat hati mereka yang melihat.
Bukan itu sahaja, keunikan makanan tradisi dan tempat tarikan lain seperti Pasar Payang serta Masjid Kristal juga menjadi penyebab orang ramai untuk berkunjung ke negeri paling bahagia bagi tahun 2024 itu.
Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai yang berkongsi pengalaman sendiri selepas berkunjung ke Negeri Penyu tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Terengganu Negeri Paling Bahagia Di Malaysia – DOSM
Kotor & Usang, Individu Sedih Lihat Keadaan Terkini Masjid Kristal
Namun, semalam (17 September), tular di media sosial perkongsian seorang pengguna Threads mengenai keadaan terkini Masjid Kristal, Terengganu.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di akaun @zaihafiq_zaidi, pengguna itu berkongsikan beberapa gambar masjid tersebut yang sering menjadi tarikan pengunjung.
Apa yang menjadi perhatian adalah keadaan masjid dan kawasan persekitarannya berada dalam keadaan kotor dan tidak terurus.
Terdapat Lumut Dalam Kolam Masjid, Lantai Kayu Alami Kerosakan
Melalui perkongsian berkenaan, kelihatan kolam yang terdapat di sekitar masjid dipenuhi dengan sampah sarap serta lumut hingga menyebabkan air menjadi keruh dan berkeladak.


Bukan itu sahaja, laluan pejalan kaki yang dibuat daripada kayu juga berada dalam keadaan usang sehingga ia dilihat boleh membahayakan pengunjung.
Manakan tidak, terdapat lantai kayu pada jejambat berkenaan yang berlubang dan pecah dek kerana ada kayu yang telah patah.

Kongsi pengguna berkenaan, gambar itu merupakan gambar terbaharu yang diambil pada 17 September lalu.
“Inilah persekitaran Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Sedih. Kotor dan usang. Kawasan sekeliling masjid tak dijaga.
“Malu bila pelancong luar datang sebab masjid melambang Islam tapi kotor kawasan sekeliling,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pengguna Media Sosial Sedih Lihat Keadaan Masjid, Ada Yang Turut Kongsi Pengalaman Sama
Hantaran yang telah mendapat lebih 144,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sedih melihat keadaan terkini Masjid Kristal yang sering menjadi tarikan pelancong itu.
Malah, ada yang berkongsi pengalaman dan pendapat mereka sendiri tentang keadaan masjid ketika berkunjung ke situ.
Ada yang mendakwa keadaan kotor itu sememangnya telah lama berlaku sejak beberapa tahun lalu.
Bukan itu sahaja, ramai yang mahu pihak berkenaan mengambil tindakan mencantikkan kembali Masjid Kristal, Terengganu agar ia kembali berseri.
Info Tentang Masjid Kristal
Untuk info, Masjid Kristal, Terengganu yang terletak di Taman Tamadun Islam dibina dengan kos RM22 juta dan dirasmikan pada tahun 2008 oleh bekas Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Masjid yang pernah diiktiraf sebagai masjid tercantik di dunia ini pernah dihebtikan operasi selama empat tahun sejak 2018 sehingga 2022 bagi kerja-kerja pembaikan masjid yang dijalankan secara berperingkat.
Pembaikan itu termasuklah pembinaan kubah baharu, penggantian silikon dan pendawaian elektrik yang menelan belanja RM700,000 sebelum ia dibuka semula kepada orang ramai pada tahun 2022.
Kerajaan Negeri turut memperuntukkan RM2 juta bagi kerja baik pulih sepenuhnya yang melibatkan kerja baik pulih sistem pencahayaan dan beberapa struktur seperti bumbung serta penghawa dingin.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Baru Pergi Cuti Hari Malaysia Lepas, Karpet Bau Hapak & Keras, Kolam Memang Kotor, Pelik Kenapa Tak Maintain Betul-Betul, Sedih”

“Bahagian Pengurusan Masjid Kena Alert, Terengganu Ramai Orang Datang Melawat, Sayangnya Tak Dijaga Sempurna”

“Ye, 2 Tahun Lepas Pun Pergi Tak Terjaga, Kotor”

“Semoga Ada Pihak Berwajib Dapat Perbaiki & Betulkan Masalah Yang Terjadi’

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Nasihat Jangan Politikkan Isu Masjid Kristal Bernilai RM22 Juta Tak Boleh Solat Jumaat [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]
Source:

![Doktor Kongsi ‘Vitamin’ Sebenar Yang Perlu Dicari Sebelum Usia Cecah 40 Tahun [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/health-and-fitness.jpeg)
![‘Reward’ Berganda! Suami Hadiahkan Isteri Kereta Sempena Konvokesyen Buat Ramai Teruja [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![“Auto Nangis” – Ramai Sebak Lihat Respon Guru Selepas Anak Murid Serahkan Surat Kematian Bapa [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
