‘Reward’ Berganda! Suami Hadiahkan Isteri Kereta Sempena Konvokesyen Buat Ramai Teruja [Video]

12 Sep 2025 • 10:47 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Hari graduasi merupakan antara perkara yang sering ditunggu-tunggu oleh bakal graduan.

Manakan tidak, ia merupakan hari istimewa bagi meraikan penat lelah dan usaha menuntut ilmu hingga mencapai kejayaan yang diimpikan.

Bukan hanya graduan sahaja, malah kejayaan mereka turut dirasai oleh orang sekeliling seperti ahli keluarga dan rakan baik.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah ada yang meraikan kejayaan mereka dengan pemberian hadiah seperti jambangan bunga ketika di majlis konvokesyen.

Wanita Terima Hadiah Kereta Sempena Hari Graduasi Dari Suami

Jika graduan lain mendapat jambangan bunga atau wang ringgit sebagai hadiah ketika majlis konvokesyen, lain pula dengan seorang wanita ini.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @nurqueensayang, wanita yang dikenali sebagai Queen itu menerima hadiah yang disifatkan ‘unik’ dari suami tercinta berupa sebuah kereta Honda City.

Melalui perkongsian itu, suami Queen yang dikenali sebagai Syahir menutup mata isteri dan membawanya pergi ke sebuah lokasi di luar dewan.

Apa yang menjadi perhatian adalah terdapat sebuah kereta Honda City berwarna kelabu siap dengan riben menanti bersama ahli keluarga mereka.

Ketika mata Queen dibuka, kedengaran ahli keluarganya itu bersorak gembira manakala Queen seakan tidak percaya dengan kejutan yang diterima.

Wanita Zahir Ucapan Terima Kasih Kepada Suami, Terharu Dapat Sokongan Dari Ahli Keluarga

Di ruangan kapsyen, Queen menzahirkan ucapan terima kasih atas kejutan yang diberikan oleh suaminya sempena hadiah hari konvokesyen.

Malah, dia bersyukur kerana mendapat ahli keluarga yang sangat menyokong perjuangannya sepanjang bergelar mahasiswa.

Ketika Majlis Konvokesyen yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Queen merupakan penerima anugerah Excellence Master Award bagi Sarjana Sains Komputer dari universiti berkenaan.

Melalui perkongsian berasingan, dapat dilihat dia berjaya mencapai pencapaian cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) melebihi 3.7 pada setiap semester.

@nurqueensayang

Alhamdulillah 🤍 I’m truly speechless and still terkejut 🥹😭 Thank you so much to my husband, @Syahir Fikri , for the most unexpected surprise😭 a car as my convo gift 🚗❤️ Syukur for having such a strong support system, both my family and Syahir’s family, yang selalu ada to cheer me on through this journey. Couldn’t have done it without all of you 🤍✨ And of course, shoutout to the group tepi tu yang paling sporting ever 😂 Korang memang buat moment ni lagi meriah and fun, love how even strangers can feel like family for a while 🤍🙌 Sumpah dorang cute hehe @Queeensarrraaaa @Queenumyra @queenariqawira @SYABIL MUQRI

♬ suara asli – Ali AnNazam – Hidden Lens

Tonton video penuh [DI SINI]

image is not available
image is not available

Pengguna Media Sosial Kagum Dengan Kejayaan & Zahir Ucapan Tahniah

Perkongsian yang telah mendapat lebih 3.7 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dengan kejayaan yang dicipta oleh Queen.

Malah, ada juga yang teruja dan gembira dengan kejutan yang dibuat oleh suaminya itu.

Bukan itu sahaja, majoriti pengguna media sosial turut menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaannya dalam menamatkan pengajian dalam bidang tersebut.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Dah La Selempang Pink, Jubah Double Line, Dah Kahwin, Dapat Pula Suami Macam Ni, Walaupun Saya Tak Kenal, Memang Happy For You Akak”

image is not available

“Dah La Selempang Pink, Master Pula, Lawa, Dapat Husband Sweet”

image is not available

“Rasa Macam Baru Je Tengok Dia Grad Ijazah, Sekarang Dah Master. Congrats Beauty With Brain!”

image is not available

“Semua Kebahagiaan Itu Ada Pada Dia, Saya Tumpang Seronok Tengok”

image is not available

Source: