
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Pengangkutan awam seperti bas atau Transit Aliran Ringan (LRT) sering menjadi pilihan kebanyakan individu.
Manakan tidak, ia dianggap lebih mudah malah menjimatkan masa untuk bergerak dari satu tempat ke lokasi yang lain.
Namun, ada sesetengah orang terpaksa menggunakan lebih dari satu jenis pengangkutan awam untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Keadaan ini boleh menjadi agak mencabar apatah lagi jika kemudahan itu tidak berada di lokasi yang sama. Penat kan?
Tetapi tahukah anda, terdapat tempat di Kuala Lumpur yang menjadi himpunan pengangkutan awam pada satu lokasi?
LaLaport Bukit Bintang City Centre Jadi Hub Pengangkutan Di Tengah Ibu Kota
Semalam (11 September), kami berpeluang menghadiri majlis pengumuman Japanese-quality MaaS (Mobility-as-a-Service) dan Projek Hab Pengangkutan LaLaport Bukit Bintang City Centre (BBCC).

Menariknya, pusat beli belah yang terletak di tengah ibu kota itu akan menjadi sebuah pusat pengangkutan yang menghimpunkan pelbagai jenis perkhidmatan awam.
Bukan hanya sekadar pusat beli-belah, pengunjung dengan mudahnya boleh bergerak ke destinasi lain dari LaLaport BBCC.
Akses Pengangkutan Awam Jadi Lebih Mudah Dengan Penambahan On Demand Van
Di pusat beli-belah itu juga, anda boleh akses pengangkutan awam seperti bas Rapid KL, LRT berhampiran stesen Hang Tuah, perkhidmatan e-hailing seperti Grab, perkhidmatan sewa kereta seperti Go Car dan Socar serta skuter elektrik, beam dengan mudah.
Dalam pelancaran kali ini, LaLaport BBCC turut memperkenalkan perkhidmatan terbaharu seperti perkhidmatan penghantaran ke lapangan terbang
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2
- Lapangan Terbang Subang
Malah, perkhidmatan On-Demand Van menerusi aplikasi mobi yang terdiri daripada mobi DRT (Demand Responsive Team) bagi kawasan Bukit Bintang dan mobi CONNECT dari Mont Kiara ke Lalaport BBCC juga turut diperkenalkan.

Lebih menarik, hub pengangkutan ini dilengkapi dengan tempat menunggu yang selesa buat penumpang selain mempunyai kaunter tiket layan diri bagi memudahkan pelanggan.


Aplikasi Mobi Mudahkan Pengguna Akses Pengangkutan Awam
Menurut Ketua Pegawai Ekskutif Nadi Willer Sdn Bhd, Ibrahim Aiman Bin Mohd Nadzmi, sebagai penyedia platform Mobility-as-a-Service (MaaS) di Malaysia, mereka komited melancarkan pergerakan orang ramai tanpa perlu bergantung kepada kenderaan persendirian.
Dengan memperkenalkan MaaS berkualiti Jepun, Nadi Willer menerusi perkhidmatan mobi DRT menggalakan orang ramai mengguna perkhidmatan awam sekaligus mengurangkan kesesakan jalan raya.

Malah bagi memperkukuh perkhidmatan ini, mereka turut memperkenalkan tiga inisiatif baharu iaitu:
- Perancang Perjalanan Dengan Carian Multimodal
Pengguna boleh merancang perjalanan dengan menggabungkan perkhidmatan bas, rel dan mobi DRT hanya dalam satu carian.

2. Pelancaran mobi CONNECT
Memperkenalkan perkhidmatan jarak sederhana menerusi perkhidmatan mobi CONNECT bermula 1 September lalu yang membolehkan pengguna bergerak dari CBD (Central Business District) ke CBD yang lain.
Pengguna boleh menempah perjalanan terlebih dahulu namun buat masa ini, hanya perkhidmatan kawasan Mont Kiara dan LaLaport BBCC sebagai hab sambungan pengangkutan disediakan.
3. Pengurusan Keselamatan dan Latihan Kepada Pemandu Mengikut Kualiti Jepun
Bukan itu sahaja, Nadi Willer turut komited memastikan pengurusan keselamatan serta penyediaan pendidikan kepada pemandu berdasarkan amalan terbaik dari negara Jepun.
Pemandu diberi pembelajaran serta latihan secara praktikal selain melakukan pemeriksaan menerusi sistem Willer Fleet.
Perbezaan mobi DRT & mobi CONNECT
Buat korang yang mahu mencuba sesuatu yang baharu, korang boleh menaiki on demand van menerusi perkhidmatan mobi DRT dan mobi CONNECT dari LaLaport BBCC.
Anda boleh membuat tempahan menerusi aplikasi mobi pada bila-bila masa yang anda mahu.

Menariknya, van yang mempunyai 12 tempat duduk dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti kamera litar tertutup (CCTV) selain lebih dari satu pintu kecemasan.
Bukan itu sahaja, perkhidmatan ini masing-masing menawarkan promosi istimewa sempena pelancaran.
Bagi mobi CONNECT, tambang adalah percuma sepanjang bulan September ini manakala tiga perjalanan percuma buat pengguna bagi perkhidmatan mobi DRT dengan menggunakan kod promo MYE20259 di aplikasi mobi.
Namun, kedua-dua perkhidmatan ini ada perbezaannya:
Perkara mobi CONNECT mobi DRT Kawasan Operasi LaLaport BBCC – Mont Kiara
Mont Kiara – LaLaport BBCCLaLaport BBCC ke kawasan sekitar Bukit Bintang Waktu Operasi Hari biasa: 7.00 pagi hingga 10.00 pagi
Hujung minggu: 9.00 pagi hingga 10.00 malam7.30 pagi hingga 10.30 malam Tambang Bermula RM8/setiap perjalanan Dewasa: RM3 seorang
Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM0.50 seorangFrekuensi Setiap 30 hingga 45 minit (Pengguna boleh buat tempahan awal) Setiap lima hingga 15 minit (Tempahan pengangkutan mengikut permintaan pengguna)
Pengguna boleh memuat turun aplikasi mobi menerusi Apple Store buat pengguna iOS manakala Google Playstore buat pengguna Android.
Baca Artikel Berkaitan:


![Jangan Guna Ubat Gigi & Minyak Gamat! Doktor Kongsi Rawatan Awal Jika Anak Terkena Air Panas [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
![‘Reward’ Berganda! Suami Hadiahkan Isteri Kereta Sempena Konvokesyen Buat Ramai Teruja [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
