KPDN, Sabah selaras langkah stabilkan bekalan ayam, telur

LocalBusiness & Finance
27 Oct 2026 • 12:45 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: KPDN, Sabah selaras langkah stabilkan bekalan ayam, telur

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama kerajaan Sabah menyelaras tindakan berkaitan bekalan dan harga ayam serta telur ayam bagi memastikan bekalan makanan itu kekal stabil pada harga berpatutan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata penyelarasan antara kerajaan negeri dan Persekutuan penting bagi menangani isu bekalan di peringkat pengeluaran serta pengedaran, selain memperkukuh pemantauan harga dan penguatkuasaan.

Beliau berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Penstabilan Bekalan Daging Ayam dan Telur Ayam di Sabah yang dipengerusikannya di Perbendaharaan Malaysia Sabah, di sini semalam.

“Penyelarasan ini penting supaya isu di peringkat pengeluaran dan bekalan dapat ditangani seiring dengan pemantauan harga dan penguatkuasaan,” katanya.

Armizan berkata, mesyuarat itu turut meneliti keperluan memperkukuh peraturan berkaitan serta kawal selia pengeluaran dan pengedaran bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan.

Katanya, peranan agensi berkaitan di peringkat negeri dan Persekutuan perlu diselaraskan mengikut bidang kuasa serta tanggungjawab masing-masing bagi membolehkan tindakan lebih berkesan dilaksanakan.

Antara agensi terbabit ialah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Pertanian Sabah dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), selain KPDN serta pihak berkepentingan lain.

Beliau berkata, kerjasama itu juga menjadi asas kepada mekanisme lebih berkesan dalam menangani isu bekalan dan harga menerusi perkongsian maklumat, pembahagian tanggungjawab yang jelas serta tindakan susulan berkesan.

“Kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri akan terus diperkukuh bagi memastikan bekalan barangan keperluan rakyat di Sabah kekal terjamin dan dapat diperoleh pada harga berpatutan,” katanya. – UTUSAN

The post KPDN, Sabah selaras langkah stabilkan bekalan ayam, telur appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved