KPDN sita 5,801 mainan ‘squishy’ bernilai RM70,428

25 Oct 2026 • 2:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: KPDN sita 5,801 mainan ‘squishy’ bernilai RM70,428
Azman

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita 5,801 unit mainan span lembut atau squishy bernilai RM70,428 menerusi pemeriksaan di seluruh negara dari 1 hingga 14 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam, berkata pemeriksaan itu melibatkan 1,845 premis termasuk pengilang, pengimport, pemborong dan peruncit.

“Sebanyak 15 kes tindakan penguatkuasaan direkodkan susulan kegagalan pihak terlibat mempamerkan Tanda Pematuhan Standard Keselamatan atau tanda MC seperti yang ditetapkan.

“KPDN memandang serius isu keselamatan mainan kanak-kanak dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599),” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut Azman, penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi memastikan hanya produk yang mematuhi standard keselamatan ditawarkan kepada pengguna.

“Orang ramai, khususnya ibu bapa, dinasihatkan supaya menyemak label dan tanda pematuhan keselamatan sebelum membeli mainan untuk anak-anak,” katanya.

Beliau berkata, pengguna yang mempunyai maklumat mengenai penjualan mainan yang mencurigakan boleh menyalurkan aduan kepada KPDN menerusi WhatsApp di talian 019-848 8000 atau 019-279 4317, portal e-Aduan KPDN, Pusat Panggilan di talian 1-800-886-800 atau aplikasi Ez ADU KPDN.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved