
SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan sedang giat melaksanakan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas harga pakaian dan keperluan sekolah menerusi Operasi Catut 2024 (Pakaian Sekolah) menjelang sesi persekolahan bermula pada 11 Mac ini.
Ketua Penguatkuasanya Azdy Zukkry John berkata, KPDN tidak mengawal harga pakaian dan keperluan sekolah namun pemantauan dan pemeriksaan yang berterusan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan akan terus dijalankan oleh KPDN.
Berikutan pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak 10 Notis Pengesahan Maklumat Barangan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarkan kepada peniaga.
“Berdasarkan statistik penguatkuasaan setakat 4 Mac, sebanyak 10 premis telah diperiksa di daerah Sandakan membabitkan 13 jenis barangan pakaian dan kasut sekolah.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Tindakan ini juga adalah bagi mengesan sekiranya berlaku peningkatan peratus untung bagi jualan barangan terbabit selain mengesan sekiranya terdapat elemen mengambil keuntungan secara tidak munasabah yakni aktiviti mencatut,” katanya meninjau sebuah pemborong barangan kelengkapan sekolah terbesar di sini, Selasa.
Katanya, KPDN Cawangan Sandakan belum menerima sebarang aduan membabitkan kenaikan harga pakaian sekolah dan alat tulis setakat ini.
KPDN akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati mengambil keuntungan secara tidak munasabah dengan mencatut dalam penentuan harga jualan barangan termasuk pakaian dan keperluan sekolah.
Justeru, KPDN menyarankan pengguna untuk sentiasa bijak dalam berbelanja termasuklah ketika membeli pakaian dan keperluan sekolah dengan membuat perbandingan harga.
KPDN Cawangan Sandakan juga sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan berkaitan salah laku peniaga.
Pengguna boleh menyalurkan aduan menerusi Whatsapp 019 279 4317 / 019 848 8000, Portal Aduan: http://eaduan.kpdn.gov.my, Call Centre 1 800 886 800, atau aplikasi Ez ADU KPDN.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

