‘Peniaga tidak terlibat kenaikan SST jangan ambil kesempatan naikkan harga barang’ – Fuziah Salleh

4 Mar 2024 • 9:20 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh mengingatkan peniaga yang tidak terlibat dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan bagi mengaut keuntungan.

Perbuatan tersebut katanya boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah.

“Pengguna harus tahu kategori apa yang dinaikkan SST. Ia ada banyak (kategori), tapi yang kita buat Ops Kesan ini ada empat, perhotelan, kesihatan dan kesejahteraan, pusat penyediaan latihan dan tunjuk ajar dan juga perkhidmatan dobi.

“Kita pantau Ops Kesan ini empat dan kita cari kedai yang nilai ambangnya lebih daripada RM500,000, bukannya yang kecil-kecil.

“Jadi, bukan semua yang naik dan juga orang ramai harus tahu bahawa makanan dan minuman tidak termasuk kenaikan SST,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Fuziah meminta orang ramai supaya lebih peka dengan maklumat yang berkaitan dengan cukai SST. Individu yang mempunyai masalah berkaitan dengan harga barangan boleh membuat aduan melalui beberapa aplikasi yang disediakan.

Dalam pada itu, Fuziah menyatakan sejak Ops Kesan dilancarkan pada 1 Mac, lebih 1,000 pemeriksaan dilakukan oleh KPDN di seluruh negara dan 26 notis telah dikeluarkan terhadap peniaga yang didapati melakukan kesalahan.

Sumber: Sinar Harian