KPDN Sarawak Tawar Baucar E-Wallet Di Lima Lokasi Bazar Ramadan Rahmah Di Sarawak

10 Mar 2025 • 2:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nikmati Baucar RM20 Secara Percuma

KPDN Sarawak Tawar Baucar E-Wallet Di Lima Lokasi Bazar Ramadan Rahmah Di Sarawak. Bulan Ramadan semakin hampir dan kemeriahan sudah mula terasa, terutamanya di Sarawak! Tahun ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak memperkenalkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) yang bakal berlangsung di lima lokasi menarik di seluruh negeri.

Istimewanya pada tahun ini, pengunjung berpeluang menikmati baucar e-wallet Touch ‘n Go bernilai RM20 secara percuma. Tawaran eksklusif ini terhad kepada 150 pengunjung terawal di setiap lokasi sepanjang bulan Ramadan. Baucar tersebut boleh digunakan di lima lokasi terpilih sahaja, menjadikan bazar Ramadan kali ini lebih menarik dan bermanfaat buat semua pengunjung.

image is not available

Pelbagai menu RAHMAH yang lazat dan berpatutan

Antara lokasi yang dipilih bagi BRR termasuklah Bazar Ramadan Metrocity Matang, Kuching (10-27 Mac), Perkarangan Dewan Sentral Market di Mukah (14 Mac), Tempat Letak Kereta Farley di Sibu (15 & 16 Mac), Dataran Esplanade di Bintulu (17 & 18 Mac), dan kawasan trafik berhadapan Waterfront Simanggang, Sri Aman (12 Mac).

Selain tawaran baucar e-wallet, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai menu RAHMAH yang lazat dan berpatutan di gerai-gerai terpilih sepanjang bazar berlangsung.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berbelanja sambil berjimat di Bazar Ramadan Rahmah tahun ini!

Baca juga artikel semasa di bawah: