KPKM nilai semula bekalan makanan selepas Mei, elak pembelian panik: Mat Sabu

LocalPolitics
14 Mar 2026 • 12:58 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menilai semula stok makanan negara selepas Mei, berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, menegaskan bekalan asas seperti beras, ayam dan sayur-sayuran masih mencukupi sehingga Mei, sambil mengingatkan rakyat agar tidak melakukan pembelian panik.

“Kita akan melihat perkembangan stok dari semasa ke semasa sehingga bulan Mei ini. Kalau boleh kita harap perang itu ditamatkan segera,” katanya selepas merasmikan Program Jualan Agro MADANI Zon Kota Raja di Padang Rakyat Jalan Kebun, hari ini.

Mohamad berkata kerajaan bersama KPDN akan terus memantau rantaian bekalan bagi mengelak kewujudan kartel yang boleh menekan harga pasaran.

Beliau turut menekankan bahawa konflik Asia Barat berpotensi melonjakkan harga minyak dunia sekali gus meningkatkan kos import makanan.

Dalam pada itu, Program Jualan Agro MADANI anjuran LPP Selangor dengan kerjasama 14 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) menawarkan hasil pertanian dan produk agromakanan tempatan terus kepada pengguna.

“Pengunjung berpeluang mendapatkan ayam segar, telur, daging, minyak masak, sayur-sayuran, buah-buahan serta produk IAT dengan potongan harga antara 10 hingga 30 peratus berbanding pasaran,” katanya.

Mohamad menegaskan program itu sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan memperkukuh keterjaminan makanan negara dan membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. - 14 Mac, 2026

The post KPKM nilai semula bekalan makanan selepas Mei, elak pembelian panik: Mat Sabu appeared first on Scoop.