KPKM tunggu angka rasmi petani terjejas banjir sebelum salur bantuan

LocalEnvironment
3 Dec 2025 • 8:16 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Kementerian Pertanian tunggu data rasmi petani terjejas banjir sebelum salur bantuan melalui tabung bencana, kata Menteri Mohamad Sabu

SERDANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang menunggu angka rasmi jumlah petani terjejas akibat banjir sebelum menyalurkan bantuan melalui tabung bencana.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pengaktifan tabung bencana itu bergantung kepada keadaan semasa dan impak bencana mengikut musim.

“Sekarang banjir baru berlaku dan air pun baru surut di Kedah. Insya-Allah dalam beberapa hari lagi kita akan dapat angka yang sebenar. Selepas itu barulah tabung bencana digunakan untuk membantu petani yang layak,” katanya.

Beliau berkata angka rasmi belum diperoleh kerana pasukan KPKM hanya turun padang selepas banjir surut bagi membuat penilaian kerosakan.

KPKM menyediakan bantuan pascabencana melalui Tabung Bencana Tanaman Padi untuk tanaman padi dan Tabung Bencana Pertanian bagi aktiviti agromakanan.

Tabung Bencana Pertanian memperuntukkan sebanyak RM25 juta tahun ini untuk membantu mangsa bencana seperti banjir dan kemarau. – Bernama