KPKT Salur RM20 Juta Kepada MBI Untuk Turap 400 Jalan Di Kawasan Perumahan

24 Dec 2025 • 4:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima RM20 juta bagi melaksanakan penurapan semula 400 jalan perumahan di kawasan bandar raya itu.

Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),  Nga Kor Ming berkata, peruntukan yang disalurkan melalui kelulusan khas Menteri Kewangan itu diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun bagi menurap jalan perumahan di kawasan parlimen Tambun, Gopeng, Ipoh Barat, Ipoh Timor, dan Batu Gajah.

"Peruntukan itu menjadikan MBI sebagai PBT yang menerima peruntukan tertinggi di negara ini untuk tahun 2025.

"Penurapan 400 jalan itu akan bermula dalam tempoh terdekat dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Aidilfitri tahun depan membabitkan peruntukan dianggarkan RM50,000 setiap jalan," katanya pada sidang media selepas Lawatan Kerja Menteri KPKT di Pasar Canning, Ipoh.

image is not available

Pada masa sama, Nga turut mengingatkan supaya PBT memastikan projek dilaksanakan dengan kualiti kerjaya yang baik bagi memastikan keterujaan rakyat terhadap perubahan yang sedang dibawa bersama.

"Saya minta Datuk Bandar (Zamakhshari Hanipah) untuk pastikan supaya pelantikan kontraktor dibuat berdasarkan analisis kos dan faedah.

"Ini bermakna, siapa yang memberikan tawaran paling menarik, kualiti kerja paling baik baru kita beri kerja.

'Saya yakin kita akan lihat kebanyakan kawasan perumahan di Ipoh akan berwajah baru dengan usaha gigih oleh KPKT bersama MBI," katanya.