KPM Diminta Teliti Semula Jadual SPM 2026 Susulan Ujian Mendengar Dan Bertulis Pada Hari Sama

19 Aug 2026 • 3:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

KPM Diminta Teliti Semula Jadual SPM 2026 Susulan Ujian Mendengar Dan Bertulis Pada Hari Sama

Kementerian Pendidikan (KPM) diminta meneliti semula jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 susulan kebimbangan ibu bapa dan calon berhubung pelaksanaan ujian mendengar serta ujian bertulis Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada hari yang sama.

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ketetapan lebih munasabah perlu dipertimbangkan bagi memastikan tumpuan dan kesiapsiagaan calon tidak terjejas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, berdasarkan jadual peperiksaan terkini, terdapat komponen peperiksaan yang dijalankan pada hari sama.

“Ada yang berkongsi dengan saya tentang keresahan mereka berkaitan jadual Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026.

“Berdasarkan jadual peperiksaan terkini, tahun 2026 menunjukkan perubahan ketara apabila ujian mendengar dilaksanakan pada hari yang sama dengan ujian bertulis,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Mohd Radzi yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), situasi berkenaan tidak pernah berlaku sejak ujian mendengar diperkenalkan semula pada 2021.

Katanya, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis Bahasa Melayu dijadualkan pada tarikh sama iaitu 23 November 2026.

Baca juga:

“Begitu juga bagi subjek Bahasa Inggeris, di mana Ujian Mendengar dan Ujian Bertulis ditetapkan pada 24 November 2026,” ujarnya.

Justeru, Mohd Radzi berkata, KPM perlu meneliti perkara itu dengan mengambil kira pandangan dan input daripada ibu bapa serta calon SPM 2026.

Jelasnya, perkara tersebut wajar diberi perhatian supaya jadual peperiksaan dapat dilaksanakan dalam keadaan yang mengambil kira kesiapsiagaan dan kebajikan calon.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved