
PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan terdapat ralat pada tarikh ujian mendengar bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 yang dijadualkan berlangsung di seluruh negara bermula 26 Oktober depan.
Susulan itu, KPM menetapkan tarikh 23 November bagi Ujian Mendengar Bahasa Melayu, manakala 24 November bagi Ujian Mendengar Bahasa Inggeris.
Terdahulu, KPM memaklumkan Ujian Mendengar Bahasa Melayu dijadualkan pada 30 November, manakala Ujian Mendengar Bahasa Inggeris pada 1 Disember.
Untuk maklumat, seramai 420,879 calon mendaftar bagi menduduki peperiksaan SPM 2026 yang dijadualkan bermula 26 Oktober hingga 17 Disember depan di seluruh negara.
KPM berkata, peperiksaan berkenaan akan diadakan di 3,334 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Katanya, Lembaga Peperiksaan akan mengumumkan jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap dalam waktu terdekat.
“Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan berlangsung pada 26 hingga 29 Oktober, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 2 hingga 5 November.
“Ujian Amali Sains pula dijadualkan pada 16 hingga 18 November, manakala peperiksaan bertulis akan berlangsung dari 23 November hingga 17 Disember,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post KPM maklum ralat pada ujian mendengar SPM 2026 appeared first on Kosmo Digital.






