Lembaga Peperiksaan mohon maaf berkaitan kekeliruan tarikh SPM semalam

19 Aug 2026 • 4:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lembaga Peperiksaan mohon maaf berkaitan kekeliruan tarikh SPM semalam
Lembaga Peperiksaan, KPM memohon maaf atas kekeliruan berkaitan Kenyataan Media Tarikh Pelaksanaan Peperiksaan SPM Tahun 2026 yang dikeluarkan semalam.

KUALA LUMPUR - Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (KPM) memohon maaf atas kekeliruan berkaitan Kenyataan Media Tarikh Pelaksanaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 yang dikeluarkan semalam.

Lembaga Peperiksaan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan perkara itu diambil serius dan akan memastikan proses semakan serta penyampaian maklumat diperkemas bagi mengelakkan ia berulang.

"Semua pihak diminta merujuk Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2026 yang dikeluarkan melalui saluran rasmi Lembaga Peperiksaan sebagai rujukan utama,” menurut kenyataan itu.

Secara keseluruhan, sebanyak 420,879 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2026 di 3,334 pusat peperiksaan di seluruh negara.

SPM 2026 akan diadakan bermula 23 November hingga 17 Disember ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved