KPM lulus RM200,000 baik pulih SK Setia Alam terbakar

16 Sep 2026 • 11:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: KPM lulus RM200,000 baik pulih SK Setia Alam terbakar

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek tersentuh melihat tindakan pantas guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Alam yang membantu mengawal kebakaran di sebuah bilik darjah sementara menunggu ketibaan pasukan bomba baru-baru ini.

Fadhlina berkata, susulan kejadian itu beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi kerja-kerja pembaikan awal dan elektrikal di sekolah berkenaan.

“Saya cukup tersentuh melihat bagaimana guru-guru SK Setia Alam bertindak pantas membantu mengawal kebakaran yang berlaku di salah sebuah bilik darjah sementara menunggu pasukan bomba tiba.

“Terima kasih cikgu. Dalam saat keselamatan anak-anak dan sekolah menjadi taruhan, kalian memilih untuk bertindak,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Beliau beliau, pasukan teknikal Kementerian Pendidikan (KPM) turut turun ke sekolah berkenaan sehari selepas kejadian bagi menilai keadaan dan melaksanakan tindakan susulan.

“Sementara siasatan polis dan bomba diselesaikan, KPM mengambil langkah memastikan bahagian sekolah yang selamat dapat terus digunakan.

“Kerja pembaikan akan dimulakan sebaik sahaja siasatan selesai,” katanya.

Katanya, langkah berkenaan diambil bagi memastikan murid dapat meneruskan pembelajaran dan kembali ke bilik darjah dalam keadaan selamat serta selesa secepat mungkin.

“Kepada cikgu-cikgu yang berdiri di barisan hadapan ketika api sedang marak, terima kasih kerana menjaga sekolah ini seperti rumah sendiri,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post KPM lulus RM200,000 baik pulih SK Setia Alam terbakar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved