
Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan dua murid cedera ringan dalam insiden jeti roboh di Kampung Pababag, Semporna, Sabah, pagi semalam.
Dalam satu kenyataan KPM, kejadian terbabit berlaku pada pukul 6.45 pagi itu melibatkan lebih 25 murid termasuk kanak-kanak Tabika Kemas dan dua guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag.
“Laporan awal diperoleh daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna mendapati insiden itu berlaku ketika murid berkenaan sedang menaiki jeti di kampung itu untuk ke sekolah.
“Akibat runtuhan tersebut, dua murid mengalami cedera ringan manakala mangsa lain dilaporkan selamat,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, KPM melalui PPD Semporna telah mengambil langkah menyiasat punca kejadian dan menyediakan bantuan segera kepada semua mangsa yang terlibat termasuk memberi bantuan sokongan psikososial kepada guru serta murid.
Katanya, KPM memandang serius insiden berkenaan dan akan memastikan aspek keselamatan ditingkatkan dengan mewajibkan pemakaian jaket keselamatan serta menggunakan struktur jeti yang selamat.
“KPM juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pemegang taruh serta pihak berkuasa tempatan dalam waktu terdekat untuk
membincangkan cadangan penambahbaikan infrastruktur di jeti sedia ada bagi memastikan agar kejadian seperti ini tidak berulang.
“Selain itu, kementerian akan memohon pihak kerajaan tempatan untuk menyediakan laluan alternatif yang lebih selamat untuk murid, ibu bapa dan guru ke sekolah,” ujarnya.
Artikel berkaitan
The post KPM sahkan 2 murid cedera ringan, jeti roboh di Kampung Pababag appeared first on Sinar Bestari.

![[VIDEO] Jeti Di Sabah Runtuh, Lebih 10 Pelajar Sekolah & Guru Terjatuh](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)