KPM salur RM12.3 juta kepada 123 sekolah di Perak

3 Aug 2026 • 2:15 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: KPM salur RM12.3 juta kepada 123 sekolah di Perak

IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan sebanyak RM12.3 juta kepada 123 buah sekolah di Perak bagi melaksanakan Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah di bawah Reformasi Sekolah sempena pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengoperasian Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Salmah Abd. Murad berkata, setiap daripada 123 sekolah di bawah 12 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Perak itu akan menerima peruntukan sebanyak RM100,000.

“Setiap sekolah menerima peruntukan tersebut bagi menyokong pelaksanaan inisiatif transformasi sekolah yang memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pemerkasaan kepimpinan sekolah, pembangunan profesionalisme guru dan pengukuhan kemenjadian murid.

“Prakarsa itu turut memberi ruang kepada pihak sekolah merancang dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian mengikut keperluan serta konteks sekolah masing-masing.

“Ia sekali gus memperkukuh aspek akademik, pengurusan sekolah, pembangunan potensi murid dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan pendidikan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah di bawah Reformasi Sekolah sempena Pelaksanaan RPM 2026-2035 di Dewan Serbaguna, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, di sini hari ini.

Salmah mewakili Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Mohd. Hanafi Samad bagi menyempurnakan majlis berkenaan.

Salmah berkata, pemilihan kesemua sekolah tersebut dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan PPD dengan kesemuanya dikenal pasti sebagai Sekolah Inspirasi.

Katanya, setakat ini, Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah melibatkan 1,500 sekolah di seluruh negara.

“Pelaksanaan prakarsa bukan sahaja mencerminkan komitmen berterusan KPM dalam memperkasa agenda Reformasi Sekolah sebagai salah satu inisiatif utama di bawah RPM 2026-2035, malah ia juga dapat memperkukuh ekosistem pendidikan yang berkualiti, inklusif dan berimpak tinggi,” katanya. – UTUSAN 

The post KPM salur RM12.3 juta kepada 123 sekolah di Perak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved