KPM pastikan sokongan psikososial warga sekolah tahap terbaik - Fadhlina

LocalHealth & Fitness
3 Aug 2026 • 5:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: KPM pastikan sokongan psikososial warga sekolah tahap terbaik - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menggerakkan segala ikhtiar bagi memastikan sokongan psikososial kepada warga sekolah berada pada tahap sebaiknya susulan insiden kematian seorang guru wanita di Selangor, baru-baru ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, beliau mengambil maklum kegusaran dalam kalangan warga pendidik serta masyarakat berhubung kejadian itu, yang disifatkan sangat dekat dihatinya memandangkan beliau memulakan perjalanan dalam politik sebagai seorang aktivis kesihatan mental.

Beliau berkata, kementerian sentiasa mengambil berat aspek kesihatan mental warga pendidikan menerusi kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kementerian Kesihatan (KKM) dan kaunselor.

"Masih banyak yang perlu kita lakukan dan kita akan terus melakukannya bersama-sama. Buat semua cikgu yang saya sayangi, ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

JPN Selangor beri kerjasama penuh siasatan kes kematian guru

Sementara itu, Fadhlina merayu semua pihak menghormati privasi keluarga mangsa, mengelakkan sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan secara teliti bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Beliau turut mengajak guru meluangkan masa untuk bertanya khabar, mendengar dan memastikan rakan sekerja berada dalam keadaan yang baik.

"Kadang kala, satu pertanyaan ikhlas mampu memberi kekuatan yang sangat besar,” katanya.

Pada Khamis lepas, media melaporkan seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Hulu Selangor. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved