KPM Umum 1 lagi Cuti Tambahan Sempena Aidilfitri

LocalFamily & Parenting
10 Mar 2026 • 8:12 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KPM Umum 1 lagi Cuti Tambahan Sempena Aidilfitri

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan satu lagi cuti tambahan kepada sekolah di seluruh negara pada 18 Mac 2026 bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Perkara itu maklumkan KPM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

"Pemberian cuti tambahan ini bertujuan untuk memberi ruang kepada warga guru, murid dan ibu bapa untuk membuat persiapan yang sewajarnya bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ia sekali gus menjadikan sekolah-sekolah negeri di bawah Kumpulan A memperolehi dua cuti tambahan pada 18 dan 19 Mac 2026.

Manakala sekolah-sekolah negeri di bawah Kumpulan B memperoleh 3 cuti tambahan bermula 18 Mac hingga 20 Mac 2026.

"Cuti ini diharapkan dapat memberi ruang yang mencukupi kepada warga guru, murid dan ibu bapa untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang teratur, seiring dengan hasrat KPM untuk sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan warga pendidikan," maklum KPM dalam kenyataan itu.

Sebelum ini, menerusi Kalendar Akademik Sesi 2026 KPM mengumumkan cuti tambahan sebanyak dua dan sehari bersempena Hari Raya Aidilfitri tertakluk di bawah Kumpulan A dan Kumpulan B.

Baca juga:

Bagi Kumpulan A melibatkan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, akan diberikan cuti tambahan pada 19 Mac 2026 (Khamis) sahaja.

Sementara Kumpulan B pula melibatkan negeri seperti Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan akan diberikan cuti tambahan dua hari pada 19 Mac 2026 (Khamis) dan 20 Mac 2026 (Jumaat).

image is not available