KPT Sahkan Network School Forest City Bukan IPTS Berdaftar

LocalPolitics
16 Jul 2026 • 11:05 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

KPT Sahkan Network School Forest City Bukan IPTS Berdaftar

KPT Sahkan Network School Forest City Bukan IPTS Berdaftar

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan Network School yang beroperasi di Forest City, Johor bukan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang berdaftar di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

KPT dalam satu kenyataan memaklumkan, status itu bermakna Network School tidak diiktiraf atau dikawal selia oleh kementerian berkenaan.

Menurut KPT, semakan yang dijalankan turut mendapati tiada sebarang kerjasama, pengiktirafan atau penglibatan mana-mana universiti awam (UA) mahupun IPTS berdaftar dengan Network School berdasarkan rekod sedia ada.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, Network School merupakan sebuah komuniti kediaman swasta dan ruang kerja bersama (co-working space) yang menempatkan usahawan teknologi, pelabur serta pengasas syarikat pemula (startup).

“Pada masa sama, KPT dimaklumkan pihak berkuasa berkaitan sedang meneliti isu ini mengikut bidang kuasa masing-masing,” katanya.

Baca juga:

Isu operasi Network School menjadi perhatian umum selepas timbul dakwaan terdapat warga Israel menyertai program di lokasi berkenaan dengan menggunakan pasport negara kedua.

Susulan itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama agensi berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran undang-undang atau ancaman terhadap keselamatan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) turut menjalankan naziran terhadap komuniti antarabangsa di Forest City.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban sebelum ini mengesahkan pemeriksaan melibatkan seramai 266 warga asing dari 40 negara telah dijalankan di kawasan berkenaan.

Menurut KPT, kementerian akan terus memantau perkembangan isu tersebut dan memberikan kerjasama penuh kepada semua agensi penguat kuasa bagi memastikan undang-undang negara dipatuhi serta kepentingan sistem pendidikan tinggi negara sentiasa terpelihara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved