KPT serah kepada IPT tunjuk solidariti terhadap Palestin ikut cara masing-masing

28 Oct 2023 • 3:46 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KOTA TINGGI - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menunjukkan solidariti kepada Palestin dalam apa jua bentuk dan cara masing-masing.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana setiap IPT mempunyai garis panduan serta kebebasan, dan boleh mengatur sebarang program yang dirasakan sesuai mengikut perancangan masing-masing.

“Kena faham, di KPT kita bukan mengawal dan menentukan semua perkara di universiti, (kerana) setiap universiti ada peraturan dan panduan masing-masing dan kita bukan seperti sekolah,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Kesihatan MADANI bersama MegaKlinik QMS Kota Tinggi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika dirujuk mengenai langkah Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu bermula 29 Okt hingga 3 Nov ini. - 28 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved