KPWKM sedia bantu pelajar jadi mangsa suntingan AI

LocalTechnology
21 Oct 2026 • 2:54 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: KPWKM sedia bantu pelajar jadi mangsa suntingan AI

GEORGE TOWN – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada pelajar perempuan sekolah menengah di Seremban yang didakwa menjadi mangsa penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya bersedia memberi kerjasama berhubung isu berkenaan, sekiranya keluarga mangsa memerlukan bantuan tersebut.

“Kita bersedia untuk bekerjasama memberikan kaunseling sekiranya perlu. Kita mempunyai bahagian dan jabatan yang menyediakan kaunseling daripada kaunselor bertauliah. Kita terbuka mereka mereka yang nak datang kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kejadian menimpa lebih 300 pelajar perempuan sekolah menengah di Seremban yang didakwa berdepan isu apabila gambar disunting menggunakan teknologi AI.

Menurut Nancy, kementeriannya mempunyai beberapa agensi yang menyediakan khidmat kaunseling, termasuk Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Tapi itulah, sebab kita tidak tahu dan tidak dapat mengenal pasti siapa dia. Jadi kita beritahulah terutama sekali keluarga mereka kalau memerlukan kaunseling daripada kementerian kita,” ujarnya.

Beliau turut menggalakkan keluarga mangsa mendapatkan bantuan daripada agensi berkaitan sekiranya anak masing-masing yang berdepan tekanan emosi memerlukan sokongan kaunseling disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut.

Terdahulu, media melaporkan lebih 300 pelajar perempuan didakwa menjadi mangsa penyuntingan gambar menggunakan teknologi AI sehingga menyerupai imej bogel.

Gambar berunsur lucah itu dipercayai bukan sahaja disebarkan dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan, malah didakwa turut dijual menerusi aplikasi Telegram. – KOSMO! ONLINE

The post KPWKM sedia bantu pelajar jadi mangsa suntingan AI appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved