KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada mangsa gambar bogel suntingan AI – Nancy

LocalTechnology
21 Oct 2026 • 6:09 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada mangsa gambar bogel suntingan AI – Nancy

KPWKM bersedia memberikan khidmat kaunseling bertauliah kepada lebih 300 pelajar perempuan di Seremban yang menjadi mangsa gambar bogel suntingan AI.

GEORGE TOWN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menyediakan khidmat kaunseling kepada 300 pelajar perempuan di Seremban, Negeri Sembilan yang didakwa menjadi mangsa gambar bogel hasil suntingan menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata terdapat beberapa agensi di bawah KPWKM yang menyediakan khidmat itu termasuk Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Beliau berkata walaupun kementerian itu belum menjalinkan kerjasama khusus berhubung kes itu, namun pihaknya akan melihat keperluan untuk mengambil tindakan bersesuaian.

“Kita terbuka kepada mereka yang hendak datang kepada kita. Kalau kita hendak mencari mereka, ia agak mengambil masa kerana berdasarkan keadaan gambar AI itu, agak sukar untuk kita mengetahui siapa mereka.

“Kita mahu beritahu terutama kepada keluarga, jika mereka memerlukan kaunseling daripada kementerian, kita ada kaunselor bertauliah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pink CaRe: Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Waterfront Pulau Pinang (PWCC) di sini hari ini.

Nancy berkata demikian berhubung laporan media mendakwa lebih 300 pelajar perempuan sekolah menengah di Seremban menjadi mangsa penyuntingan gambar bogel menggunakan teknologi AI.

Gambar mengaibkan itu difahamkan bukan sahaja disebarkan dalam kalangan pelajar di sekolah malah dijual menggunakan aplikasi Telegram.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved