KRA Perkenal Siri Baharu SKILLDRVN Swift Pro-Cup 2026 & Umum Penubuhan KRA Japan

26 Aug 2025 • 5:17 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Kegani Racing Academy (KRA) hari ini mengumumkan pelancaran siri perlumbaan baharu, SKILLDRVN Swift Pro-Cup bermula musim 2026, selain memperluaskan sayap ke luar negara dengan penubuhan KRA Japan di Suzuka.

image is not available

Siri nasional ini bakal berlangsung dalam lima pusingan dan menjadi kesinambungan kepada SKILLDRVN One Make Race (OMR). Ia diwujudkan sebagai platform peralihan untuk pelumba baharu yang menamatkan Driver Development Program (DDP) KRA.

Pelumba perlu mengumpul kemenangan dan mata kejohanan dalam SKILLDRVN OMR sebelum layak disenaraikan dalam proses draf pasukan profesional pada Januari 2026.

Menurut Kenny Lee, Prinsipal dan Ketua Jurulatih KRA, siri ini direka untuk memberi peluang lebih luas kepada bakat baharu dengan kos yang lebih rendah tetapi tetap menawarkan perlumbaan kompetitif dan profesional.

Untuk musim sulung, hanya 10 pasukan eksklusif akan bertanding dengan tiga pasukan sudah disahkan: Team Bendix Malaysia, Team Profimax, dan Team Ultra Racing.

Penubuhan KRA Japan

image is not available

Majlis pelancaran rasmi KRA Japan berlangsung pada 13 Ogos 2025 hasil kerjasama dengan Fujii Engineering, syarikat kejuruteraan automotif Jepun. Akademi ini menawarkan latihan akademik, simulasi, serta latihan litar sebenar – sama seperti kaedah di Malaysia.

KRA Japan juga akan memperkenalkan program DDP dan kursus pendek seperti persediaan Track Day untuk pelumba baharu. Kenny Lee berkata langkah ini akan membuka jalan dua hala untuk bakat Malaysia menimba pengalaman di Jepun.

Pengarah Fujii Engineering, Mitsuru Fujii, percaya model latihan KRA lebih sistematik dan mampu membentuk laluan kerjaya yang jelas untuk pelumba muda. Beliau juga menyatakan hasrat untuk membina ekosistem sukan permotoran lebih mampan di Jepun yang dapat menyokong generasi baharu secara berterusan.

Dengan penubuhan ini, KRA kini optimis memperluaskan francais ke lebih banyak negara Asia, selain memperkukuhkan akademi Malaysia melalui program Train the Trainer.

Untuk penyertaan siri perlumbaan SKILLDRVN atau maklumat lanjut mengenai program KRA, hubungi Kenny Lee di 012-614 4141, Ju di 012-6866177, atau layari Facebook SKILLDRVN.