Kriptografi Identiti Digital Nasional Tidak Boleh Dipecahkan Komputer Kuantum

TechnologyDigital
2 Dec 2023 • 8:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Konsep sistem Identiti Digital Nasional telah diperlihatkan pada tahun 2020 dengan kerajaan ingin menawarkannya kepada umum bermula awal tahun depan. Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam secara rasminya menjadi “insan pertama memegang Identiti Digital Nasional” walaupun sebelum ini beberapa individu lain mempunyai ID yang sama di peringkat percubaan.

image is not available

Semalam di dalam program Ruang Bicara bersama Bernama, Pegawai Tugas-Tugas Khas di Pejabat Menteri Dalam Negeri, Dr Azman Hussin berkata kriptografi Identiti Digital Nasional tidak boleh dipecahkan walaupun menggunakan komputer kuantum. Ini adalah kerana ia menggunakan teknologi kriptografi pematuhan pengkomputeran pasca kuantum yang dibangunkan oleh universiti tempatan.

image is not available

Beliau turut menyatakan teknologi yang digunakan oleh Identiti Digital Nasional dibangunkan sepenuhnya menggunakan kepakaran tempatan. Ia dibangunkan bagi tujuan pengesahan identiti individu untuk melakukan pelbagai transaksi secara atas talian kelak.

Malaysia ialah antara negara terawal yang membangunkan identiti digital nasional yang kemudiannya boleh disimpan di dalam telefon sebagai ganti kepada kad pengenalan fizikal yang digunakan selama ini. Apliksi Apple Wallet, dan Samsung Wallet adalah antara yang bukan sahaja sudah menyokong identiti digital tetapi juga pasport dalam ujian rintis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved