“Online shopping lebih selamat”- Malaysia Bakal Laksanakan ID Digital, Lepas Ni Dah Tak Perlu Hafal Banyak Password

1 Dec 2023 • 3:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas ini urusan seharian kita pasti akan menjadi lebih mudah dengan Identiti Digital Nasional (IDN) yang bakal dilaksanakan tahun depan oleh kerajaan.

Lebih istimewa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi individu pertama yang mendaftar IDN dalam majlis yang berlangsung di Bangunan Putra Perdana di Putrajaya hari ini. Beliau turut menggalakkan orang ramai untuk menggunakan kemudahan teknologi tersebut.

image is not available

Kata beliau, kebimbangan rakyat terhadap kemudahan itu seperti rekod peribadi serta perbankan akan bocor dan cip diimplan dalam tubuh adalah dakwaan yang tak berasas langsung.

Menurutnya, badan kerajaan seperti Bank Negara Malaysia mampu mengawal serta melindungi rekod peribadi rakyat daripada disalahgunakan orang lain.

“Apa takut isu peribadi? Bank Negara Malaysia tak akan lepaskan rekod personal perbankan peribadi. Jadi, yang itu terkawal.”

“Kononnya ada cip masuk dalam badan dan sebagainya. Itu semua banyak sangat tengok filem Hollywood.”

Pada masa yang sama, beliau juga nasihatkan rakyat untuk dengar dulu penjelasan dari Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sebelum membuat sebarang komen mengenai IDN.

image is not available

Walaupun IDN tak diwajibkan buat masa kini namun, Anwar tetap menggalakkan rakyat terutama penjawat awam untuk mendaftar bagi memudahkan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah dan subsidi melalui IDN itu.

Untuk pengetahuan korang, IDN adalah sistem pengesahan diri secara digital yang dipercayai selamat serta mudah bagi mengelak penipuan identiti ketika melakukan transaksi dalam talian.

Ia juga bakal digunakan dalam sektor awam dan swasta namun, ia tidak akan menggantikan sistem MyKad sedia ada.

Yay! Bolehlah ‘shopping haul’ nanti!

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.