Krisis iklim disyaki punca runtuhan glasier di Nepal

WorldEnvironment
18 Sep 2026 • 8:15 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Krisis iklim disyaki punca runtuhan glasier  di Nepal

KATHMANDU: Perubahan iklim kemungkinan besar menjadi punca glasier runtuh sehingga mencetuskan banjir besar dan mengorbankan ribuan nyawa di Nepal serta Tibet bulan lalu, menurut dapatan kajian saintifik pertama yang didedahkan kelmarin.

Pasukan penyelidik mengesan keadaan suhu panas luar biasa berlaku sebelum runtuhan glasier terbabit yang menyebabkan 110 juta meter padu salji dan ais melimpah  ke kawasan lembah di bawahnya. 

Kejadian tersebut seterusnya mencetuskan banjir kilat pada skala yang belum pernah berlaku dan menghanyutkan komuniti di hilir sungai tanpa sebarang amaran awal.

Profesor Sains Iklim di Imperial College London yang mengetuai kajian tersebut, Dr. Friederike Otto mengecam kesan aktiviti pencemaran global yang kini terpaksa ditanggung oleh penduduk tempatan.

“Komuniti di Nepal terpaksa membayar dengan nyawa mereka akibat krisis yang berpunca daripada pelepasan bahan api fosil,” ujarnya.

Beliau menambah bahawa apabila pemanasan global mula menjejaskan kestabilan ka­wa­san puncak dunia, tiada sebarang bentuk penyesuaian tempatan yang mampu melindungi sepenuhnya penduduk di kawasan hilir daripada skala kemusnahan. 

Dalam kejadian pada 26 Ogos lalu, lebih 1,300 orang dilaporkan terkorban manakala lebih 6,000 orang  lagi masih hilang selepas sebahagian besar bongkah glasier dan batuan  berukuran kira-kira 200,000 meter persegi runtuh dari Gunung Langtang Lirung.

Bongkah berkenaan jatuh dari ketinggian kira-kira 1,400 meter dan menghempas dasar lembah dengan impak amat dahsyat sehingga mencatatkan bacaan gegaran seumpama gempa bumi. 

Hentaman itu mencairkan ais serta merta dan mencetuskan gelombang banjir sejuk melampau yang meluncur ke hilir sungai pada kelajuan melebihi 177 kilometer sejam. – AGENSI

The post Krisis iklim disyaki punca runtuhan glasier di Nepal appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved