
SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim dilihat hadir ke Istana Hinggap hati inj bagi menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Kenderaan membawa Ismail tiba di perkarangan Istana Hinggap kira-kira jam 10.50 pagi, manakala Tuanku Muhriz berangkat tiba kira-kira 10 minit kemudian.
Turut berada di Istana Hinggap ialah Undang Luak Sungai Ujong, Muhammad Faris Johari; Undang Luak Rembau, Hassan Ab Hamid; serta Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.
Pertemuan itu berlangsung selepas Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menggesa Ismail menghadap Tuanku Muhriz bagi mencari jalan penyelesaian terhadap krisis yang sedang berlaku di negeri itu.
Pertemuan berkenaan menyusul perkembangan terkini krisis politik dan pentadbiran negeri, termasuk status barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang mencetuskan kontroversi.
Terdahulu, Tuanku Muhriz menarik balik pelantikan anggota EXCO Negeri Sembilan, manakala Ismail kekal menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. - Getaran, 29 September 2026






