Kritik Sampai Menghina Makanan, Wanita Tampil Mohon Maaf Dengan Kieda Crepe

Entertainment
7 May 2025 • 1:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dapat dilihat, ramai yang suka berkongsi review makanan yang dibeli di media sosial. Namun, jika ada sesuatu perkara yang tidak disukai, seeloknya dimaklumkan terus kepada peniaga untuk mereka memperbaiki kekurangan tersebut.

Baru-baru ini, usahawan makanan pencuci mulut, Kieda berdepan dengan kritikan seorang pelanggannya mengenai produk crepe jualannya.

Sememangnya ia perkara biasa yang dihadapi oleh para peniaga, namun isu yang dihadapi Kieda kali ini cukup menguji kesabarannya apabila pelanggan itu mengkritik sehingga menghina produk jualannya.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik wanita itu, dia berpendapat crepe yang dijual Kieda langsung tidak sedap dan berasa geli untuk memakannya.

“Geli wei nak makan nak muntah, anak makan pun muntah balik,” tulisnya.

image is not available

Wanita tampil mohon maaf dengan Kieda

Susulan itu, Kieda tampil bersemuka dengan pelanggan tersebut dan memintanya memberi penjelasan mengenai hantaran terbabit.

Wanita itu kemudian memohon maaf kepada Kieda atas keterlanjurannya memuat naik status sebegitu. Difahamkan, wanita itu merupakan pekerja yang juga menjual crepe.

Menurut Kieda, dia juga telah memulangkan semula duit pembelian berjumlah RM25 kepada wanita tersebut.

@kiedacrepepenang

Mohon semua ambil pengajaran atas tindakan kieda ni . Kieda takkan berdiam diri selepas ni . Terima kasih semua @KiedaCrepeHouse @Kiedacrepepenang2 @AMY KIEDA MERCHANDISE @KIEDACREPETOUR

♬ original sound – KIEDACREPEPENANG – KIEDACREPEPENANG

Jelas usahawan itu, sepatutnya pelanggan datang berjumpa atau memberitahu terus kepada peniaga jika makanan itu tidak memuaskan hati dan bukannya review buruk di media sosial sehingga menjejaskan perniagaan seseorang.

“Saya takmau langsung makan duit customer yang mengeji makanan. Saya bagi balik duit dia. Tak miskin saya memberi, Insha-Allah,” kata Kieda.

Meninjau ke ruangan komen, netizen memuji ketegasan Kieda mengendali isu ini dan berharap ia dijadikan pengajaran untuk semua orang.

image is not available image is not available image is not available

Memang hak kita sebagai pelanggan untuk memberi komen jika ada perkara yang tidak disukai tapi perlulah disertakan dengan adab dalam mengkritik itu.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article