KRU Artis Malaysia Pertama Menggunakan AI Generatif Dalam Video Muzik

TechnologyDigital
27 Nov 2024 • 11:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dunia hari ini tidak dapat lari daripada teknologi kecerdasan buatan (AI) khususnya apabila ia telah diguna pakai dalam pelbagai bidang dan industri sehingga banyak mengubah aspek kehidupan kita sedikit demi sedikit. Ia termasuk dalam industri muzik yang membolehkan pencipta kandungan mampu menjana muzik dan mencipta bunyi baharu lalu mengubah landskap industri kreatif.

Terbaharu KRU dilihat mencuri perhatian menerusi pelancaran video muzik terkini mereka Voodoo yang menggabungkan konsep yang diambil dari era terdahulu bagi memberikan sentuhan nostalgia  bersama inovasi teknologi. Melaluinya, ia menampilkan penggunaan teknologi AI generatif untuk menghasilkan kembar digital (Digital Twin) trio adik-beradik itu. Sekaligus menjadikan mereka artis Malaysia pertama yang memperkenalkan era baharu penghasilan video muzik menggunakan teknologi AI.

image is not available

Pengenalannya juga bukan sekadar lagu semata tetapi juga sebagai pembuka lembaran baharu untuk industri dunia hiburan tanah air. Lagu Voodoo kini boleh didengar melalui semua platform penstriman digital termasuk Spotify.

image is not available