Sejak pengenalan teknologi kecerdasan buatan generatif diperkenalkan dan diintegrasikan pada enjin carian, ramai pemilik laman web ia akan menjejaskan trafik kerana tiada lagi orang akan memasuki ke laman web kerana semua maklumat telah diringkaskan. Terbaru, Google menemui jalan untuk memastikan pengguna tidak menziarahi laman web pihak ketiga dengan jangka masa panjang.

Khusus pada aplikasi Google di iOS, mana-mana laman web yang anda buka melalui pelayar web terbina dalam aplikasi ini – artikel terpilih akan dipautkan ke carian Google. Ini bermakna, sedang anda membaca artikel di laman web kegemaran – akan ada teks puatan biru yang bukannya iklan dari laman web tersebut tetapi adalah pautan terus ke Google Search. Antara contoh yang diperlihatkan adalah akses pintas ke maklumat lokasi seakan dalam Google Maps.
Pemilik laman web walau bagaimanapun boleh memohon pada Google untuk tidak menyertakan ciri ini pada laman web masing-masing. Namun ia akan mengambil masa sehingga 30 hari untuk diselesaikan. Adakah anda menggemari ciri seperti ini?
