Kru Bot Maut, Tiga Peserta Candat Sotong Cedera Dalam Kejadian Bot Karam

LocalTravel
4 Jul 2026 • 11:24 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kru Bot Maut, Tiga Peserta Candat Sotong Cedera Dalam Kejadian Bot Karam

Kru Bot Maut, Tiga Peserta Candat Sotong Cedera Dalam Kejadian Bot Karam

KUALA TERENGGANU, 4 Julai (Bernama) -- Seorang maut, tiga cedera manakala lapan lagi terselamat dalam kejadian bot mencandat sotong karam pada jarak kira-kira sembilan batu nautika dari Dataran Kuala Nerus, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, mangsa yang maut ialah kru bot, iaitu Ahmad Nasaruddin Mohmad Jalil, 37, manakala yang tercedera ialah peserta mencandat sotong, Faris Ibrahim, 33; Ahmad Danial Iman, 24; Fatin Fariesya Rohaizan, 26.

Image from: Kru Bot Maut, Tiga Peserta Candat Sotong Cedera Dalam Kejadian Bot Karam
Kredit: Bernama

“Tekong bot Mohd Awais Sa’ari, 39, dan tujuh lagi peserta mencandat sotong terselamat dalam kejadian tersebut.

“Kesemua mangsa telah dibawa naik ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kampung Batin di Kuala Nerus kira-kira 10 malam tadi sebelum mayat dibawa ke Hospital Sultan Zainal Abidin untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Image from: Kru Bot Maut, Tiga Peserta Candat Sotong Cedera Dalam Kejadian Bot Karam
Kredit: Bernama

Sementara itu, Mohd Awais yang juga sepupu Ahmad Nasaruddin ketika ditemui pemberita di Jeti Tok Batin malam tadi berkata kejadian berlaku secara tiba-tiba sejurus selepas dia selesai menunaikan solat maghrib dan ketika keadaan laut bergelora, namun tiada ribut.

Mohd Awais berkata sebelum kejadian botnya berada dalam keadaan baik dan hampir setiap hari digunakan membawa pelanggan mencandat sotong sejak beberapa bulan lepas.

“Petanda awal kejadian apabila saya lihat air masuk dalam jumlah yang banyak ke dalam enjin. Saya cuba ikhtiar dengan menyuruh arwah (Ahmad Nasaruddin) memotong tali sauh, dan saya cuba menggerakkan bot untuk mendapatkan bantuan daripada bot lain, tetapi tidak sempat dan bot karam dengan cepat,” katanya.

Baca juga:

Sebelum bot karam dia sempat menasihati semua 10 peserta dari Kuala Lumpur, termasuk dua wanita yang kali pertama mencandat sotong supaya tidak panik dan mengemaskan jaket keselamatan masing-masing.

Bagaimanapun, sejurus bot karam dia melihat arwah sepupunya dalam keadaan lemah dan segera menyuruh Ahmad Nasaruddin berpaut di belakangnya kerana mengetahui arwah tidak pandai berenang.

Image from: Kru Bot Maut, Tiga Peserta Candat Sotong Cedera Dalam Kejadian Bot Karam
Kredit: Bernama

“Saya cuba bercakap dengan dia tetapi dia macam panik, selepas itu saya tengok tangan dia semakin lemah, saya berpaling tengok mulutnya sudah berbuih. Saya pun periksa nadi dan dapat merasakan dia sudah meninggal dunia.

“Jadi saya meminta 10 pelanggan saya supaya memegang arwah dan saya berenang sejauh satu batu untuk mendapatkan bantuan daripada bot yang lain,” katanya sambil memberitahu kesemua peserta terapung kira-kira 30 hingga 40 minit sebelum bantuan tiba.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved