Murid 10 Tahun Dirujuk Ke Hospital Selepas Dipercayai Dibuli Di Asrama Sekolah

24 Jun 2026 • 8:46 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Murid 10 Tahun Dirujuk Ke Hospital Selepas Dipercayai Dibuli Di Asrama Sekolah

TENOM – Seorang murid perempuan berusia 10 tahun cedera dan dirujuk ke hospital selepas dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah asrama sekolah di daerah ini pada 11 Jun lepas, dengan video kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Tenom, Superintenden Azmir Abdul Razak berkata tiga individu dipanggil bagi membantu siasatan, termasuk pelaku yang dipercayai terbabit dalam rakaman serta penyebaran video berkenaan.

Katanya beberapa barang kes turut dirampas bagi tujuan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 507B Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Azmir berkata siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.

Beliau berkata polis memandang serius sebarang bentuk perbuatan buli, keganasan serta penyebaran kandungan yang boleh mengaibkan atau mengancam mangsa.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terbabit mengikut peruntukan undang-undang berkuat kuasa.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan semula video kejadian kerana ia boleh menjejaskan siasatan serta memberi kesan terhadap kebajikan dan emosi mangsa yang masih di bawah umur,” katanya.– BERNAMA

The post Murid 10 Tahun Dirujuk Ke Hospital Selepas Dipercayai Dibuli Di Asrama Sekolah appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved