Pembantu Tekong Maut Sempat Selamat Beberapa Mangsa Bot Karam

4 Jul 2026 • 4:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pembantu Tekong Maut Sempat Selamat Beberapa Mangsa Bot Karam

Pembantu Tekong Maut Sempat Selamat Beberapa Mangsa Bot Karam

KUALA NERUS, 4 Julai (Bernama) -- Pembantu tekong yang maut dalam kejadian bot karam ketika aktiviti mencandat sotong di perairan Kuala Nerus dekat sini malam tadi sempat menyelamatkan beberapa penumpang sebelum dipercayai kehabisan tenaga dan tidak sedarkan diri.

Abang sulung mangsa Ahmad Firdaus Mohmad Jalil, 47, berkata Allahyarham Ahmad Nasaruddin, 37, bekerja sambilan sebagai pembantu tekong pada setiap musim mencandat sotong sejak dua tahun lepas bagi menambah pendapatan.

Ahmad Firdaus berkata adiknya yang masih bujang keluar rumah pada petang semalam untuk membawa 10 peserta mencandat sotong, sebelum dirinya menerima maklumat bot itu karam pada kira-kira 10 malam.

“Arwah bekerja sebagai juruteknik tetapi dia memang mahir dan biasa ke laut. Apabila musim mencandat sotong, dia bekerja sambilan dengan sepupu kami yang bekerja sebagai nelayan.

“Saya diberitahu arwah sempat menyelamatkan beberapa penumpang lain sebelum kudratnya habis dan dibawa naik ke bot lain dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Zainal Abidin di sini hari ini.

Baca juga:

Ahmad Firdaus berkata jenazah akan disolatkan di Masjid Al-Abrar di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Tok Beng selepas solat zohor.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor mengesahkan seorang maut, tiga cedera manakala lapan selamat dalam kejadian bot mencandat sotong karam pada jarak kira-kira sembilan batu nautika dari Dataran Kuala Nerus, malam tadi.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 9 malam dan mangsa yang maut ialah kru bot Ahmad Nasaruddin Mohmad Jalil, 37, manakala peserta mencandat sotong Faris Ibrahim, 33, Ahmad Danial Iman, 24, dan Fatin Fariesya Rohaizan, 26, cedera.

Dua daripada mereka dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu manakala seorang lagi menerima rawatan susulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved