KSN puji tindakan cekap Kementerian Perpaduan, pemilihan RT lulus dalam masa 30 hari sahaja!

LocalPolitics
23 Jul 2025 • 9:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan pantas Kementerian Perpaduan Negara dalam menyelesaikan proses pemilihan Rukun Tetangga (RT) Progresif hanya dalam tempoh 30 hari mendapat pujian daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar.

image is not available

Kementerian Perpaduan laksanakan inisiatif dengan cepat

Inisiatif ini dilaksanakan menerusi Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) yang berjaya mengurangkan tempoh asal selama 90 hari, sekaligus membuktikan komitmen Kementerian dalam memperkemas sistem penyampaian agar lebih cekap dan berfokus kepada rakyat.

Menurut Tan Sri Shamsul Azri lagi, kejayaan ini wajar dijadikan contoh oleh kementerian lain dalam mempercepat pelaksanaan reformasi bagi memperkukuh sistem penyampaian kerajaan.

“Kejayaan ini boleh dijadikan penanda aras dan pemangkin perubahan kepada kementerian lain dalam mempercepat pelaksanaan reformasi bagi memperkukuh sistem penyampaian kerajaan,” ujarnya.

image is not available

Kementerian Perpaduan tunjuk kesungguhan pastikan prosedur sentiasa dikemaskini

Difahamkan, RT Progresif yang diperkenalkan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada 2024 bertujuan melahirkan komuniti yang lebih responsif, inovatif dan berdaya tahan, selari dengan visi Kerajaan dalam membina Masyarakat MADANI.

image is not available

Kementerian Perpaduan juga menunjukkan kesungguhan dalam memastikan semua prosedur sentiasa dikemas kini agar kekal relevan dan efektif, sekaligus menyokong matlamat Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam 2024–2030.

Jadi, pendekatan sistemik dan lestari ini pastinya memperkukuh peranan sektor awam serta komuniti, seiring aspirasi Kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang inklusif dan berpaksikan rakyat.