KTETM ungguli dua pertandingan

16 Sep 2026 • 6:33 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: KTETM ungguli dua pertandingan

Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz (KTETM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencatat sejarah apabila berjaya mengungguli dua pertandingan berprestij peringkat negeri, iaitu Telaah Karya Sasterawan Negara dan Impromptu Speech.

Pertandingan tersebut menghimpunkan sembilan sekolah daripada seluruh Negeri Sembilan dengan format lapan orang peserta dalam satu kumpulan.

Di bawah bimbingan guru pembimbing, Noormarina Abdullah, pasukan KTETM tampil dengan penuh keyakinan dan berjaya meraih Johan Negeri Sembilan bagi Anugerah Moderator Terbaik, Anugerah Panel Terbaik dan Anugerah Konsep Terbaik.

Kejayaan tersebut melayakkan mereka untuk mara ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dalam kategori tersebut, pasukan KTETM yang dibimbing oleh Mohd. Irman Harun dan terdiri daripada empat orang peserta turut mencatat kejayaan cemerlang dengan meraih Johan Anugerah Panel Terbaik.

“Kami berasa puas dan bangga atas pencapaian ini dan mengucapkan terima kasih kepada kedua guru yang membimbing kami dalam pertandingan ini,” kata Khalidah Hisyam yang mewakili peserta daripada KTEM.

Majlis perasmian pertandingan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Zainab Abu Kassim.

Dalam ucapannya, Zainab menzahirkan rasa bangga atas kesungguhan dan usaha gigih yang ditunjukkan oleh semua peserta.

Beliau menekankan bahawa pertandingan ini bukan sekadar pentas untuk meraih kemenangan, tetapi wadah untuk para pelajar mendalami dan menghayati karya sastera yang ditelaah, sekali gus memperkukuh apresiasi terhadap warisan sastera negara.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. – UTUSAN

The post KTETM ungguli dua pertandingan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved