Isu proklamasi: MB Negeri Sembilan buat dua laporan polis

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 5:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isu proklamasi: MB Negeri Sembilan buat dua laporan polis

PORT DICKSON – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim membuat dua laporan polis berhubung isu proklamasi yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memberitahu, adalah menjadi kewajiban bagi setiap laporan yang diterima pihak berkuasa untuk disemak sebelum meneruskan hala tuju siasatan.

“Saya boleh sebut ada dua laporan polis yang dibuat Menteri Besar (Ismail). Jadi, saya serahkan kepada kebijaksanaan polis untuk melihat bagaimana hendak mengendalikan aduan itu,” katanya selepas Program Serahan Sumbangan Menteri Dalam Negeri kepada bakal pelajar perubatan Universiti Putra Malaysia, Nurul Arini Abdullah, 19, di Pasir Panjang, di sini, hari ini.

Saifuddin menegaskan, masih terlalu awal untuk beliau mengulas mengenai laporan tersebut kerana dikhuatiri boleh mengganggu proses siasatan yang akan dijalankan pihak polis.

Beliau menyeru semua pihak supaya menghormati undang-undang kerana isu tersebut turut menyentuh pelbagai institusi termasuk perundangan dan adat Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

The post Isu proklamasi: MB Negeri Sembilan buat dua laporan polis appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved