Isu proklamasi hangat diperkata, MB Negeri Sembilan buat 2 laporan polis -Saifuddin

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 6:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isu proklamasi yang sedang hangat diperkatakan kini memasuki fasa baharu apabila Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim dilaporkan membuat dua laporan polis.

Sahkan ada dua laporan polis

Memetik laporan daripada Kosmo! perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memaklumkan bahawa setiap laporan yang diterima pihak berkuasa perlu disemak terlebih dahulu sebelum hala tuju siasatan ditentukan.

“Saya boleh sebut ada dua laporan polis yang dibuat Menteri Besar (Ismail). Jadi, saya serahkan kepada kebijaksanaan polis untuk melihat bagaimana hendak mengendalikan aduan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Serahan Sumbangan Menteri Dalam Negeri kepada bakal pelajar perubatan Universiti Putra Malaysia, Nurul Arini Abdullah, 19, di Pasir Panjang.

Image from: Isu proklamasi hangat diperkata, MB Negeri Sembilan buat 2 laporan polis -Saifuddin

Foto: FB Saifuddin Nasution Ismail

Menurut Saifuddin, masih terlalu awal untuk beliau mengulas lanjut mengenai laporan berkenaan kerana ia dikhuatiri boleh mengganggu proses siasatan yang akan dijalankan pihak polis.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak supaya menghormati undang-undang dalam menangani isu tersebut.

Ujarnya, perkara berkenaan turut menyentuh pelbagai institusi termasuk aspek perundangan dan adat Negeri Sembilan.

Perkembangan terbaharu itu susulan isu proklamasi yang mencetuskan pelbagai pandangan, khususnya berkaitan kedudukan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan serta tafsiran terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Sumber: Kosmo! (Nor Ainna Hamzah)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved