
Terkini, KTM menegaskan komitmen mereka untuk kekal dalam MotoGP, walaupun jenama Austria itu masih dalam fasa penstrukturan semula kewangan selepas krisis besar yang melanda operasi induknya. Di sebalik khabar angin yang mengaitkan CFMOTO sebagai calon pengambil alih projek MotoGP KTM, pihak pengurusan tampil menjelaskan bahawa CFMOTO bukan pilihan mereka dan projek itu tidak akan dijual kepada mana-mana pengeluar luar.
Sebaliknya, KTM mengakui mereka sedang aktif berbincang dengan pelabur strategik bagi memperkukuh kedudukan kewangan pasukan. Pendekatannya agak realistik iaitu dengan menawarkan pegangan minoriti sekitar 30 peratus, sambil mengekalkan kawalan operasi dan hala tuju teknikal sepenuhnya. Bagi KTM, MotoGP bukan sekadar platform pemasaran, tetapi teras identiti sukan jenama itu sendiri.
Menurut CEO Gottfried Neumeister, sasaran KTM adalah memuktamadkan perjanjian sebelum hujung tahun, agar pasukan dapat melangkah ke musim 2026 dengan asas kewangan yang lebih stabil. Ini menjadi semakin penting menjelang perubahan besar peraturan 2027, termasuk peralihan kepada enjin 850cc yang bakal melonjakkan kos pembangunan.
Namun di sinilah tanda tanya terbesar muncul. Jika bukan CFMOTO, siapakah pelabur yang sanggup masuk ke projek MotoGP yang semakin mahal dan kompetitif? Adakah ia dana pelaburan, rakan industri atau entiti luar sukan permotoran?
Buat masa ini, KTM memilih untuk mengawal jalan cerita mereka dengan terus kekal dalam MotoGP, menolak pengambilalihan penuh dan mencari rakan yang menyokong identiti ‘Ready To Race’ mereka. Masa depan masih terbuka tetapi satu perkara jelas, KTM belum bersedia untuk berundur dari pentas utama MotoGP.
Teruskan bersama Two Wheels..!
The post KTM Tolak CFMOTO, Masa Depan Projek MotoGP Masih Tanda Tanya appeared first on TW Media.
