KTMB Nafi Lantik Pihak Ketiga Urus Pengambilan Pekerja, Akaun TikTok Palsu Dikesan

20 Oct 2026 • 12:07 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

KTMB Nafi Lantik Pihak Ketiga Urus Pengambilan Pekerja, Akaun TikTok Palsu Dikesan

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menafikan melantik mana mana pihak ketiga untuk mengendalikan urusan pengambilan pekerja susulan kewujudan akaun TikTok “kerjaya.ktmb” yang didakwa menyalahgunakan nama dan logo syarikat itu bagi menawarkan pekerjaan palsu.

KTMB dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan akaun berkenaan turut cuba mendapatkan maklumat peribadi pengguna.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak berkongsi maklumat peribadi melalui saluran yang tidak disahkan.

“KTMB ingin menegaskan pihaknya tidak melantik mana mana pihak ketiga atau mewujudkan akaun media sosial khas untuk mengendalikan urusan pengambilan pekerja seperti yang didakwa oleh akaun berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Menurut KTMB, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung penyalahgunaan nama dan logo syarikat serta penyebaran tawaran pekerjaan palsu berkenaan.

“KTMB tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan undang undang terhadap mana mana pihak yang didapati terlibat dalam penipuan, penyamaran, penyalahgunaan identiti korporat atau apa apa perbuatan lain yang menyalahi undang undang,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, orang ramai diminta mendapatkan maklumat berkaitan peluang kerjaya, pengambilan pekerja dan pengumuman rasmi KTMB menerusi laman sesawang www.ktmb.com.my serta saluran media sosial rasmi syarikat.

Baca juga:

KTMB turut menegaskan bahawa pihaknya memandang serius penyalahgunaan nama, logo dan identiti korporat yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan keselamatan maklumat peribadi orang ramai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved