KTMB Tambah Lapan Perkhidmatan Komuter Utara Sempena Cuti Sekolah, Hari Kebangsaan

24 Aug 2026 • 4:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

KTMB Tambah Lapan Perkhidmatan Komuter Utara Sempena Cuti Sekolah, Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan lapan perkhidmatan tren tambahan KTM Komuter Utara bagi laluan Butterworth dan Padang Besar bermula Khamis hingga Isnin ini bersempena cuti persekolahan dan sambutan Hari Kebangsaan.

KTMB dalam kenyataan hari ini memaklumkan penambahan perkhidmatan menerusi pelaksanaan Jadual Waktu Khas KTM Komuter Sektor Utara itu dibuat bagi memenuhi jangkaan peningkatan permintaan penumpang sepanjang tempoh berkenaan.

Menurut kenyataan itu, penambahan berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan perkhidmatan bagi laluan Butterworth-Padang Besar-Butterworth meningkat daripada 38 kepada 46 perkhidmatan sehari.

KTMB menjangkakan jumlah penumpang meningkat sebanyak 30 peratus berbanding hari biasa melalui inisiatif itu apabila penambahan perkhidmatan tersebut mampu menampung hingga 5,000 penumpang tambahan sehari atau keseluruhan 25,000 penumpang sepanjang tempoh pelaksanaannya.

Baca juga:

“Daripada jumlah berkenaan, empat perkhidmatan tambahan disediakan bagi laluan Padang Besar – Butterworth, menjadikan keseluruhan 23 perkhidmatan sehari berbanding 19 perkhidmatan pada jadual biasa.

“Bagi laluan Butterworth – Padang Besar, empat perkhidmatan tambahan turut disediakan, menjadikan keseluruhan 23 perkhidmatan sehari,” menurut kenyataan itu.

Menurut KTMB, penambahan itu merupakan antara langkah proaktif dalam meningkatkan kapasiti pengangkutan awam selain memberi lebih banyak pilihan waktu perjalanan kepada penumpang khususnya bagi pergerakan antara Pulau Pinang, Kedah dan Perlis sepanjang musim cuti persekolahan dan sambutan Hari Kebangsaan.

Orang ramai disaran merancang perjalanan lebih awal dan merujuk Jadual Waktu Khas KTM Komuter Sektor Utara yang berkuat kuasa sepanjang tempoh berkenaan.

Maklumat jadual dan tambang boleh diperoleh menerusi aplikasi KITS Style, laman sesawang rasmi KTMB atau saluran media sosial rasmi syarikat itu.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved