PMX Bakal Sampaikan Amanat Perdana Sempena Hari Kebangsaan 2026 Pada 30 Ogos Ini

LocalPolitics
24 Aug 2026 • 8:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

PMX amanat perdana

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan menganjurkan Majlis Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan Tahun 2026 pada 30 Ogos 2026 yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.

Majlis amanat ini diadakan sebagai satu daripada usaha untuk menzahirkan hasrat dan harapan pimpinan tertinggi Kerajaan MADANI mengenai kepentingan menghayati semangat kemerdekaan serta menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tema tahun ini iaitu ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’ mencerminkan aspirasi Kerajaan MADANI untuk mewujudkan sebuah negara yang maju, inklusif dan harmoni, di mana setiap individu dapat merasai kesejahteraan secara menyeluruh.

Dengan perpaduan sebagai nadi, kepelbagaian diraikan sebagai kekuatan yang menyatukan rakyat dalam membentuk sebuah negara yang aman, inklusif dan sejahtera.

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara berkata,

“Kesejahteraan yang ingin kita nikmati sebagai sebuah negara tidak akan dapat dicapai tanpa perpaduan yang kukuh. Dalam sebuah Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian agama, budaya, bahasa dan adat resam, kita perlu terus membudayakan sikap faham, hormat, terima dan meraikan.

“Marilah kita terus menyuburkan semangat saling memahami, menghormati dan menerima kepelbagaian, kerana dalam kebersamaan itulah terletaknya kekuatan Malaysia untuk terus maju, harmoni dan sejahtera.”

Pelbagai pengisian menarik turut diadakan seawal jam 5.00 petang seperti Konsert Animasi Ambang Merdeka, Persembahan Pesta Lampu Sedunia, Persembahan Kebudayaan Gema Perpaduan Malaysia MADANI, Persembahan Segmen Khas Muzikal Kemerdekaan dan persembahan artis terkemuka tanah air.

Sehubungan itu, Kementerian Perpaduan Negara selaku sekretariat majlis amanat ini dengan sukacitanya menjemput orang ramai untuk hadir beramai-ramai ke Dataran Merdeka bagi bersama-sama menyaksikan dan mendengar amanat yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri.

Majlis ini turut boleh ditonton secara langsung melalui TV1 dan aplikasi RTMKlik bermula 9.30 malam.

Sumber: Kementerian Perpaduan Negara

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved