Kuala Lumpur, Kota Kinabalu Antara Destinasi Kumpulan Boys Like Girls April Ini

10 Mar 2024 • 3:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Kuala Lumpur, Kota Kinabalu Antara Destinasi Kumpulan Boys Like Girls April Ini

Kumpulan Rock dari Amerika Syarikat (AS), Boys Like Girls dilaporkan bakal menapak di Malaysia selama dua hari di dua tempat berbeza April ini.

Kumpulan tersebut memaklumkan akan melakukan Jelajah Musim Bunga 2024 di Asia Tenggara dan Malaysia antara salah satu perhentian mereka.

Difahamkan, kumpulan itu akan mengadakan konsert di dua lokasi berbeza di Malaysia iaitu, Exchange Hall, Kuala Lumpur pada 21 April dan di Sky Arena, Kota Kinabalu pada 22 April.

Selain Malaysia, Manila (Filipina) Bangkok (Thailand) dan Singapura menjadi lokasi pilihan kumpulan itu dalam jelajah kali ini.

Difahamkan, tiket konsert tersebut telah mula dijual pada 15 Januari lalu.

“Selamat Tahun Baharu kepada rakan-rakan di seluruh dunia. Kami tidak sabar untuk kembali bersama anda di Asia Tenggara dalam Jelajah Musim Bunga kami pada bulan April ini.

“Adakah anda sudah bersedia untuk bertemu kami? Tiket akan mula dijual pada 15 Januari,” maklum band rock itu di Instagram.

Harga Tiket

Difahamkan, harga tiket bagi konsert dibuka kepada dua kategori iaitu RM288 (kemasukan terbuka) dan RM388 (VVIP). Anda, boleh dapatkan tiket menerusi laman web rasmi kumpulan itu di sini.

Kumpulan tersebut juga baru sahaja menerbitkan album terbaharu mereka Sunday at Foxwoods pada Oktober lalu dan telah mempunyai empat album.

Boys Like Girls

image is not available
Gambar: Bandwagon Asia

Untuk makluman, kumpulan ini kini terdiri daripada empat ahli iaitu, Martin Johnson, Gregory James, John Keefe, James Hawke. Manakala Bryan Donahue, Morgan Dorr dan Paul DiGiovanni antara ahli yang telah meninggalkan kumpulan itu.

Mereka mula aktif pada tahun 2o05 sehingga kini dengan membawakan muzik bertemakan Pop Rock dan Pop Punk.

Jadi, adakah peminat “Rock N Roll” Malaysia sudah bersedia?