Kuarters terbiar wajar jadi rumah anak muda 

10 Sep 2026 • 2:15 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kuarters terbiar wajar jadi rumah anak muda 

KUALA LUMPUR: Kuarters terbengkalai dan rumah kerajaan yang tidak diurus dengan baik perlu segera dipulihkan sebelum ditawarkan kepada golongan muda menerusi skim sewa untuk dimiliki.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, langkah itu dapat membantu golongan berkenaan yang menghadapi kesukaran mendapatkan kelulusan pinjaman perumahan daripada bank.

Katanya, kegagalan memperoleh pinjaman tidak bermakna mereka tidak mampu membuat bayaran bulanan bagi memiliki kediaman.

“Ada dalam kalangan anak muda mempunyai komitmen kewangan yang tinggi, manakala sebahagiannya memperoleh pendapatan tidak tetap atau melakukan pekerjaan sampingan yang sukar dibuktikan kepada pihak bank.

“Keadaan tersebut menyebabkan mereka terus menyewa rumah meskipun mampu menanggung bayaran bulanan,” katanya dalam Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Muhamad Akmal meminta kerajaan memperluaskan skim sewa untuk dimiliki dengan bayaran sewa bulanan dijadikan sebagai deposit bagi pemilikan rumah.

“Ada kuarters-kuarters yang terbengkalai. Ada juga rumah-rumah milik kerajaan yang tidak diuruskan.

“Maka, kalau boleh, ambil rumah ini dan pulihkan semula. Berikan kepada anak-anak muda untuk mereka sewa dan seterusnya beli.

“Skim tersebut mampu melegakan ramai anak muda, terutama mereka yang bekerja di kawasan bandar tetapi tidak memperoleh kelulusan pinjaman bank,” katanya. – UTUSAN

The post Kuarters terbiar wajar jadi rumah anak muda  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved