Kuasa bola jaring dunia kini dirampas New Zealand?

25 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Kuasa bola jaring dunia kini dirampas New Zealand?

Selepas menamatkan penantian 16 tahun untuk kembali bergelar juara di Sukan Komanwel di Glasgow baru baru ini, New Zealand terus buktikan kebangkitan mereka bukan sekadar sementara apabila mendahului Australia 2-0 dalam saingan siri Constellation Cup 2026.

Silver Ferns kini hanya perlukan satu kemenangan untuk menambah satu lagi trofi dalam koleksi mereka selepas membuka kempen dengan kemenangan 56-50 di Auckland sebelum sekali lagi menundukkan Diamonds 62-50 di Christchurch sekaligus meletakkan juara bertahan itu dalam keadaan tertekan.

— Sky Sport NZ (@skysportnz) October 21, 2026

Sejak diperkenalkan pada 2010, Australia mendominasi Constellation Cup dengan 12 kejuaraan, termasuk 7 gelaran berturut turut dari 2013-2019, berbanding New Zealand hanya 3 kali iaitu pada 2012, 2021 dan 2024.

Antara watak utama kecemerlangan Silver Ferns adalah penjaring berbisa, Grace Nweke apabila berjaya mencatatkan 89 jaringan daripada 93 percubaan, bersamaan 95.7 peratus ketepatan jaringan sepanjang dua perlawanan pertama. Selain itu, Silver Ferns juga terkenal dengan taktikal pertahanan yang terlalu kuat diterajui Karin Burger dan Kelly Jackson menjadikan rentak permainan Australi kucar kacir di bahagian serangan.

Selepas ini, dua lagi perlawanan akan berlangsung di hadapan penyokong Australia. Jadi persoalannya, mampukah Diamonds bangkit di laman sendiri atau New Zealand bakal melengkapkan tahun 2026 dengan satu lagi kejayaan manis?
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved