Kubur lama di Tasik Pedu muncul lagi

LocalEnvironment
28 Mar 2026 • 11:48 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Paras air menyusut di Tasik Pedu hingga menampakkan kawasan daratan dan kubur lama.
image is not available
Zulkifli menangkap ikan ketika paras air normal di Tasik Pedu. Foto: Ihsan Zulkifli Azmi

SHAH ALAM - Cuaca panas berpanjangan dan kemarau menyebabkan paras air di Tasik Pedu, Padang Terap, Kedah menyusut sehingga menampakkan kubur lama yang sebelum ini tenggelam.

Seorang penduduk, Zulkifli Azmi, 35, berkata, keadaan itu disedari ketika beliau ke tasik berkenaan bagi mengalihkan bot miliknya ke kawasan lebih tinggi.

Menurutnya, tujuan utama ke lokasi tersebut adalah untuk mengelakkan bot dihanyutkan sekiranya paras air kembali meningkat susulan hujan.

"Ketika saya ke sana, saya nampak kubur-kubur lama, pokok dan bot yang tenggelam sebelum ini memandangkan paras air di kawasan tasik berkenaan telah menyusut.

**media[3474287]**

“Biasanya tasik ini akan kering dan menampakkan kawasan lama termasuk kubur setiap empat tahun sekali, namun kebelakangan ini fenomena itu berlaku lebih kerap iaitu sekitar dua tahun sekali,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Sebelum ini, video keadaan kubur lama timbul yang dikongsikan Zulkifli menerusi akaun Tik Tok miliknya atas nama @jun19910 meraih 89,400 tontonan dengan 1,233 tanda suka.

Menurutnya, perubahan cuaca panas yang lebih panjang dipercayai menjadi faktor utama paras air tasik surut lebih cepat berbanding kebiasaan.

“Kalau sebelum ini air mula surut sekitar Januari atau Februari, tetapi kali ini seawal Disember sudah nampak kesan kekeringan," ujarnya lagi.

“Pada mulanya tiada orang, tetapi selepas video dikongsi, semakin ramai yang datang untuk melihat sendiri keadaan tasik yang kering dan kubur yang timbul," kongsinya lagi.

Tanah perkuburan lama Kampung Mong Gajah berada di dasar di Tasik Pedu yang dianggarkan berusia hampir 100 tahun pernah timbul pada 2020 dan 2024.