Kucing Ditangkap, Cuba Seludup Dadah Ke Dalam Penjara Di Costa Rica

Entertainment
24 May 2025 • 12:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seekor kucing telah ditangkap kerana cuba menyeludup dadah ke dalam sebuah penjara di Costa Rica baru-baru ini.

Menurut laporan CNN, kucing itu telah digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menyeludup dadah jenis ganja dan kokain.

Difahamkan, pegawai penjara pada mulanya telah mengesan kehadiran seekor kucing yang dilihat berkeliaran di kawasan berdekatan pagar berduri kawasan luar penjara itu pada awal bulan Mei lalu.

Setelah kucing itu ditangkap oleh pegawai penjara itu, pihak mereka mendapati terdapat dua bungkusan yang pada badan haiwan tersebut.

Dua bungkusan yang berisi dadah dengan berat 235.65g ganja dan 67 gram cocaine itu telah diikat pada badan si bulus itu.

Setelah itu, kucing berkenaan telah dihantar untuk pemeriksaan kesihatan ke Perkhidmatan Kesihatan Haiwan Nasional.

Video penemuan bungkusan dadah pada badan kucing itu telah dikongsikan oleh pihak berkuasa Costa Rica baru-baru ini dan telah menarik perhatian ramai.

 

 

Sumber: CNN

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.