Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini kecoh mengenai kehilangan seekor kucing tular dikenali sebagai Yeyen yang suka mengambil selipar jiran tertangga untuk dibawa pulang.
Perkara itu mula menjadi tular selepas pemilik Yeyen, Noraini Darus berkongsi poster mengenai kehilangan si comel tersebut di TikTok miliknya.
Johan turut kongsi mengenai kehilangan Yeyen dan cuba mencarinya
Sebaik mengetahui perkara itu usahawan dan influencer kucing, Johan and His Cats telah berkunjung ke rumah Noraini untuk bersama-sama mencari kucing berwarna oren itu.
Menurut Noraini turut berkongsi kebiasaannya si comel berkenaan akan pulang apabila dia mengoncangkan bekas makanannya.
View this post on Instagram
Yeyen berjaya ditemui
Terbaharu, Yeyen akhirnya berjaya ditemukan selepas tular hantaran seorang wanita, Vivi Nurfadila di Threads yang menjumpai seekor kucing yang mirip seperti si comel itu.
Noraini sahkan kucing dijumpai oleh Vivi adalah Yeyen
Vivi kemudiannya mengesahkan kucing yang dijumpainya itu adalah Yeyen selepas Noraini melawat kucing tersebut di klinik yang dihantarnya. Malah dia turut berkongsi video memaparkan Noraini menangis sewaktu berjumpa dengan Yeyen.
“Korang memang tu Yeyen, kita pun ikut nangis sebab aunty (Noraini) nangis. Adui, susahlah kalau jiwa halus ni dan kemas kini dari doktor, Yeyen memang kena langgar sebab tu dia tak boleh bangun,” katanya.
Menerusi video dikongsikan oleh Vivi di TikTok, dia turut menjelaskan Noraini mengesahkan kucing tersebut adalah miliknya menerusi ekor si comel itu.
Johan dalam media sosial turut berkongsi momen Noraini memaklumkan Yeyen sudah dijumpai serta membawa si comel itu pulang ke rumah.
Tambahnya lagi, Yeyen dijumpai selepas tol keluar Putra Heights dan ia sekitar 11 kilometer (km) daripada rumah Noraini.
View this post on Instagram
View on Threads
View this post on Instagram
Sebelum ini Vivi dan suami memaklumkan telah menjumpai seekor kucing berwarna oren di tepi jalan berdekatan papan tanda Masjid Putra Heights dan merasakan si comel itu mungkin dilanggar pada 17 Oktober lalu.
View on Threads
Buat kutipan sumbangan kerana mahu hantar kucing oren ke klinik untuk dirawa kerana dipercayai dilanggar kereta
Dia yang pada waktu itu tidak mengetahui siapa pemilik kucing terbabit kemudian membuat kutipan sumbangan daripada orang ramai untuk merawatnya. Ternyata ramai yang menyumbang kerana mahu si bulus yang dijumpai kembali sihat.
Vivi turut berkongsi bil klinik yang dikenakan di media sosial untuk memaklumkan kepada orang ramai yang sudah membuat sumbangan.
View on Threads
Dilihat dalam keadaan lapar dan bulu tidak terurus, netizen dakwa ia mungkin Yeyen
Dalam video dikongsikan kelihatan kucing oren tersebut berada dalam keadaan kelaparan dan bulunya tidar terurus.
Netizen kemudiannya bertanya adakah kucing yang dijumpai itu adalah Yeyen yang dicari oleh Noraini Darus.
Vivi kemudian memaklumkan dia tidak pasti adakah kucing yang dijumpai adalah Yeyen dan perlu menunggu Noraini ke klinik untuk mengesahkannya.
View on Threads
Ramai bersyukur Yeyen dijumpai
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut sebak dan syukur apabila Yeyen berjaya ditemukan kembali.
Malah ada juga menasihatkan Noraini untuk tidak lagi membiarkan Yeyen bermain di luar untuk menjaga keselamatannya.
Selain itu, ramai juga berterima kasih kepada Vivi kerana atas tindakan murninya menyelamatkan Yeyen serta menghantar si comel berkenaan mendapatkan rawatan susulan kecederaan yang dialami.
“Aunty simpan Yeyen dalam rumah je lepas ni”
![Image from: Kucing Tular Suka Ambil Selipar Akhirnya Berjaya Dijumpai Selepas Hilang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/yeyen-3.jpg)
“Allah gerakkan hati Vivi untuk ambil dan bantu Yeyen. Semoga dilimpahkan rezeki berlipat ganda buat mu”
![Image from: Kucing Tular Suka Ambil Selipar Akhirnya Berjaya Dijumpai Selepas Hilang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/yeyen-4.jpg)
“Kucing saya tiga-tiga di dalam rumah. Kena faham tak semua suka kucing. Keselesaan dan keharmonian antara kejiranan juga perlu dijaga”
![Image from: Kucing Tular Suka Ambil Selipar Akhirnya Berjaya Dijumpai Selepas Hilang [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/yeyen-5.jpg)

![[VIDEO] ‘Dah jumpa Yeyen Selipar, rupanya kena langgar’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-21-at-12.36.48-PM-1024x777.jpeg)

![[VIDEO] ‘Yeyen Selipar’ hilang, pemilik rayu bantuan](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/d253ba01-7cad-476a-a940-2b3e8a2afcf3-1024x768.jpeg)
