[VIDEO] ‘Yeyen Selipar’ hilang, pemilik rayu bantuan

21 Oct 2026 • 10:27 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Yeyen Selipar’ hilang, pemilik rayu bantuan

PETALING JAYA – Kucing oren berbulu panjang yang sebelum ini mencuri perhatian ramai kerana gemar mencuri selipar, kini dilaporkan hilang selepas beberapa hari tidak pulang ke rumah.

Pemiliknya, Noraini Darus, merayu bantuan orang ramai untuk mencari kucing tular kesayangan berbaka parsi yang dikenali sebagai Yeyen Selipar itu.

Menerusi hantaran di media sosial, Noraini berkata, semakan rakaman televisyen litar tertutup kali terakhir menunjukkan Yeyen masih berada di kawasan perumahan kejiranannya.

“Mak nak mintak tolong dengan semua yang mengenali kami tolong bantu cari Yeyen mak…dah berapa hari dah dia tak balik rumah.

“Mak dan keluarga merayu kalau ada sesiapa nampak, terjumpa atau terambil Yeyen, tolong hubungi kami sekeluarga,” katanya di media sosial.

Kisah kucing tular berkenaan pernah dikongsikan Kosmo! pada Julai tahun lalu.

Seperti dilaporkan, Yeyen Selipar menjadi perhatian penduduk di sebuah kawasan taman perumahan di Seksyen 29, Shah Alam apabila sering ‘mencuri’ selipar jiran-jiran.

Pemilik kucing itu, Noraini, berkata, perangai pelik kucing berkenaan mula dikesan sejak tahun 2024 apabila ia kerap membawa pulang daun, kertas dan kotak rokok.

Namun, tidak lama selepas itu, kucing tersebut mula ‘me­ngumpul’ selipar pula. – KOSMO! ONLINE

@aniedarus70 MASYAALLAH ALLAHUAKBAR Assalamulaikum semua yang kenal Mak dan Yeyen Selipar.. Mak nak mintak tolong dengan semua yang mengenali kami tolong bantu cari Yeyen mak.. dah berapa hari dah dia tak balik rumah. Kali terakhir mak check CCTV dia masih ada kat kawasan perumahan kejiranan mak. Mak dan keluarga merayu sangat-sangat, kalau ada sesiapa nampak atau terjumpa atau terambil Yeyen, kucing oren parsi berbulu panjang seperti dalam gambar, tolong hubungi kami sekeluarga. Kalau tak nampak pun, mak minta jasa baik semua tolong SHARE post ni. Kita semua nak Yeyen balik dengan selamat dan sihat.. Terima kasih semua. #yeyenselipar #kucinghilang #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound – Noraini Darus

The post [VIDEO] ‘Yeyen Selipar’ hilang, pemilik rayu bantuan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved