Kudat catat suhu tertinggi 36.1 darjah Celsius

LocalEnvironment
19 Aug 2026 • 10:47 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kudat catat suhu tertinggi 36.1 darjah Celsius

PETALING JAYA – Stesen Meteorologi Kudat, Sabah merekodkan suhu maksimum tertinggi di Malaysia iaitu 36.1 darjah Celsius semalam.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan Stesen Meteorologi Gong Kedak, Terengganu pula merekodkan taburan hujan tertinggi dengan jumlah 30.0 milimeter bagi tempoh sama.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perubahan cuaca dan merancang aktiviti harian berdasarkan keadaan cuaca semasa,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri hingga 1 tengah hari nanti.

“Ribut petir dijangka berlaku di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

“Amaran sama juga dikenakan bagi beberapa daerah di Perak iaitu di Kerian, Larut Matang, Selama, Manjung dan Bagan Datuk,” katanya.

Cuaca buruk juga diramal melanda beberapa daerah di Selangor iaitu di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat. – KOSMO! ONLINE

The post Kudat catat suhu tertinggi 36.1 darjah Celsius appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved